Bagaimana Membina Keyakinan Diri Untuk Mencapai Apa Yang Dihajati?

Standard

Kita sering mengalami krisis keyakinan diri apabila kita disuruh melakukan perkara yang baharu dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita diberi amanah untuk berucap di hadapan khalayak umum. Seringkali kita mengatakan pada diri kita dan orang lain, “aku ni mana pandai bercakap, siapalah aku untuk bercakap, nak cakap pasal apa ye, bagilah kat orang lain yang lebih layak dan sebagainya”…Pelbagai alasan yang kita keluarkan untuk kita melarikan diri daripada apa yang telah diamanahkan..Perkara ini pernah terjadi juga kepada penulis sendiri.

Jadi, macam mana nak buat….???

Ada beberapa perkara yang perlu ditanamkan di kepala kita supaya mudah untuk mencapai keyakinan diri dalam melaksanakan perkara yang baru dalam hidup kita.

Yang pertama, sentiasa percaya pada kekuatan diri sendiri. Kita katakan pada diri sendiri, “kalau orang lain boleh buat, MESTI AKU PUN BOLEH!!” Ini akan memberikan suatu momentum terhadap diri kita untuk melakukan perkara yang kita fikirkan MUSTAHIL pada awalnya menjadi BOLEH pada akhirnya.

Kedua, jangan kita menangguh-nangguhkan kerja tersebut kerana semakin lama kita lari dari masalah semakin bertambah lagi masalah. Kenapa? Selagi mana kita tak cuba untuk berucap, selagi itu kita akan takut berucap…Misalnya, naik basikal sewaktu kecil dahulu kalau kita sentiasa melarikan diri dari menaiki basikal sudah tentu kita tak mampu menaiki basikal pada hari ini!!

Ketiga, berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain kerana perbuatan ini menzalimi diri anda sendiri. Adakah patut, anda membandingkan diri anda dengan orang yang sudah biasa berucap? Hal ini kerana setiap orang diciptakan berbeza. Anda MUSTAHIL sama dengan seseorang yang lain di dunia ini, mungkin sama dari segi fizikal tapi dari segi peribadi sememangnya berbeza. Kalau sama potensi setiap orang, sudah tentu semuanya akan menjadi Perdana Menteri, siapa yang akan menjadi polis, jurutera, doktor, ustaz dll. Oleh itu, jangan SEKALI-KALI anda membandingkan diri anda dengan orang lain kerana anda merupakan orang yang TERSENDIRI!!

Keempat, sentiasa memikirkan kelebihan kita dan melupakan kekurangan kita yang ada. Perkara ini sentiasa ditanamkan dalam orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan hidupnya. Sering kita lihat OKU lebih bersemangat untuk hidup melebihi orang yang normal. Mengapa? Mereka menggunakan prinsip di atas dengan sepenuhnya. Oleh itu tingkatkan segala kelebihan dirimu dan abaikan segala kekurangan yang ada.

Akhir kata, untuk mencapai apa yang dihajati, memerlukan satu keyakinan diri yang tinggi. Semakin tinggi apa yang dihajati, semakin kuat sifat keyakinan diri yang perlu ada untuk mencapainya. Selamat Membina Diri!!

21 thoughts on “Bagaimana Membina Keyakinan Diri Untuk Mencapai Apa Yang Dihajati?

  1. Halim

    Hebat betul kata2 ni..setiap manusia dilahirkan tidak sama dari segi kelebihan mahupun kekuatan tertapi ada persamaannya juga iaitu dari usaha, kesungguhan dan sikap tidak mudah berputus asa…
    Orang yang hebat dan berjaya selalu memandang ke hadapan berbanding dgn orang yg gagal…

  2. saya

    saya setuju..tp mcmana nk mula nie., kdg2 kiata baca jer tp xd kekuatan nak mulakan tuh..sya rasa saya xade kelebihan langsung!!! slalu kcewa dn mnyalahkn diri sndiri..arrghhh

  3. Hanif Mohamad Salleh

    Mula dengan bulatkan tekad dan azam untuk berubah..kemudian mulakan langkah untuk berubah…terus melangkah sehinggalah kita berjaya dan jangan cepat berputus ada dan mengalah..

    takde kelebihan?? Semua makhluk Allah di atas muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing…mungkin anda belum jumpa lagi…teruskan mencari dan yakinlah…Nak mudah cuba tanya pada orang-orang terdekat/minta mereka tuliskan apa kelebihan anda…dan cuba minta nasihat dari mereka…

    lagi satu, itu cuma perasaan aje tu…jangan layan sangat..sebab itu adalah bisikan dari syaitan yang ingin melemahkan kita dari memperoleh kejayaan…

    Akhirnya, jangan lupa berdoa pada Allah dan yakinlah Allah akan membantu kita jika kita berusaha ke arah kebaikan…InsyaAllah..

    Wassalam…

  4. Hanif Mohamad Salleh

    Mari kita mula praktikkan teknik-teknik ini dalam diri kita, keluarga kita dan seterusnya kita sampai-sampaikan pada orang-orang lain agar mereka pun mendapat manfaat seperti kita😀

  5. human

    assalamualaikum saudara hanif ,

    terima kasih atas kata2 semangat itu. saya ada masalah di mana saya selalu dikomen dan diusik oleh orang lain selepas berucap dulu kerana suara saya agak keanak-anakan. Jadi, saya mula hilang keyakinan diri untuk berucap di khalayak. Bantulah saya mengatasi masalah ini. Saya benar2 ingin tahu bagaimanakah untuk mengembalikan keyakinan diri ini.

    terima kasih atas jawapan saudara🙂

  6. waalaikumussalam w.b.t…

    Pertama sekali, bersyukurlah atas anugerah Allah di atas suara anda yang keanak-anakan itu..Itu lebih baik dari kita dilahirkan tanpa memiliki sebarang suara dan tidak mampu bercakap langsung. Setiap dari kita adalah unik dan kita perlu rasa bahawa tiada orang lain yang memiliki suara seperti kita. Mungkin sesetengah orang kurang suka tetapi nescaya masih ramai lagi yang belum mendengar suara yang unik seperti saudara/i.

    Yang keduanya, dalam sebarang pengucapan umum, audiens lebih melihat kepada mesej dalam sesebuah ucapan bukannya bagaimana suara dan gaya badan anda dalam berucap. Memang itu antara yang mempengaruhi tumpuan audiens tetapi ia lebih bersifat skala kecil sahaja. Yang paling penting adalah sejauh mana keyakinan saudara/i dalam menyampaikan mesej tersebut kepada audiens dan saudara ‘enjoy’ dalam memberi ucapan tersebut dan tidak merasa tertekan dan nampak tak yakin. Jika anda enjoy nescaya audiens pun akan enjoy dalam mendengar.

    Yang ketiga, mungkin juga kawan-kawan saudara/i cuma berniat gurauan dan bukanlah bermakna betul-betul. Cuba saudara/i bertanya pada orang-orang yang rapat dengan anda, mungkin kawan baik anda, ahli keluarga dan rakan2 yang memahami. Minta mereka komen dengan jujur dan ikhlas terhadap ucapan anda.

    dan jika ada orang yang hebat dalam pengucapan awam cuba rujuk mereka..Apakah tips-tips untuk menyampaikan ucapan dengan baik dan bagaimana mahu mengurangkan rasa kurang yakin dalam berucap..

    p/s: saya ada contoh seorang perunding motivasi yang bersuara anak-keanakan..mula-mula saya mcam tak suka sangat dengar suara dia, tapi sekarang saya mula menyukai suaranya dan mesej yang disampaikan oleh beliau..boleh tengok dia kat youtube..search Irfan Khairi…

    p/s: Moga membantu saudara/i sedikit sebanyak😀
    Jika anda meminta nasihat dan komen secara ikhlas, nescaya orang lain pun akan membantu anda dengan bersungguh-sungguh.

  7. hamba Allah

    salam,

    mengharungi pelbagai dugaan perit yang Allah beri selama 4 tahun akhirnya buat saya jadi pemurung dan hilang keyakinan diri. jiwa saya cukup tertekan. hati saya tak setabah dulu. saya ingin sangat brubah & mulakan semula hidup saya yang penuh impian & kejayaan seperti sebelum ni. masih banyak cita-cita terkandas yang perlu saya capai. mohon saudara dapat membantu saya…

  8. Attractive component to content. I just stumbled upon your blog and in accession capital to say that
    I get actually loved account your weblog posts.
    Anyway I’ll be subscribing on your feeds and even I success you get admission to persistently fast.

  9. If a webpage is consistently edited to include links that breach the city
    rules in a bid to provide SEO value for individuals or possibly a
    provider of. The IQ test is the better known instance of
    norm-referenced assessment. * Ability to change others
    perceptions by democratic means.

  10. Hey there just wanted to give you a quick heads up and
    let you know a few of the pictures aren’t loading correctly.
    I’m not sure why but I think its a linking issue. I’ve tried
    it in two different internet browsers and both
    show the same results.

  11. Woah! I’m really digging the template/theme of this blog.
    It’s simple, yet effective. A lot of times it’s challenging
    to get that “perfect balance” between user friendliness and visual appearance.
    I must say you have done a awesome job with
    this. In addition, the blog loads very quick for me on Safari.
    Superb Blog!

  12. There are many cheaply made hand mixers that take up shelf
    space in department stores across the country and they never seem to last that long in my
    experience. It comes with a huge 9 cup work bowl, and
    is ideal for combining a great deal of ingredients at once.
    Since 1919, they have been giving homeowners and professional cooks alike great quality.

  13. Simply wish to say your article is as surprising. The clearness on your post
    is simply great and that i could think you’re an expert in this subject.
    Fine together with your permission allow me to take hold of your RSS
    feed to stay updated with forthcoming post.
    Thanks a million and please continue the enjoyable work.

  14. Hi, I think your blog might be having browser compatibility
    issues. When I look at your blog site in Safari, it looks fine but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping.
    I just wanted to give you a quick heads up! Other then that, great blog!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s