Jom Muhasabah!

Standard

Kadangkala aku terfikir..Sudah cukupkah bekalan yang ku bawa di dunia ini…??Untuk menjawab di hadapan Tuhan Yang Maha Mengetahui segala isi hatiku dan segala-galanya tentang diriku..

Sebaik sahaja aku mendengar sebuah lagu bertajuk “Andaiku Tahu” nyanyian kump Ungu dalam album Surgamu…aku terkedu, tertembak hatiku dengan bait-bait kata yang dituturkan oleh kump ini…Antara yang ku tangkap daripada liriknya …..Andai ku tahu kapan bila ajalku, akan ku mohon pada Tuhan panjangkan umurku kerana aku takut akan segala dosa-dosaku….lebih kuranglah mcm tu…Betapa kurangnya aku zikrul maut sehingga aku merasakan aku akan hidup selama-lamanya di atas dunia ini…Betapa lalainya diriku ini…T_T

Tiba-tiba aku teringat betapa seringkali aku terleka dan terlalai dibuai-ulit mimpi duniawi…mungkin kerana terlalu hitamnya hati ini lantaran maksiat yang ku lakukan padaNya menyebabkan kualpa dari mengingatiNya…sama ada secara sedar ataupun tidak…aku cuba memuhasabah diri ini kembali….betapa banyaknya dosa yang ku lakukan berbanding dengan amalanku…Bagaimana pula dengan anda…??Adakah sepertiku jua ataupun sebaliknya….Jika sebaliknya, beruntunglah anda…

Teringat sebuah kata-kata daripada seorang pahlawan Islam, Saidina Umar Al-Khattab, “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah di dunia ini”

Marilah kita sama-sama berMUHASABAH!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s