Perjuangan Menuntut Pengorbanan…

Standard

Waduh…waduh..lamanye tak update..Maaf terjatuh semangat untuk menulis baru-baru ni…Maklumlah jiwa pemuda ini semangatnya cepat naik dan juga cepat turun..itulah perlunya sering dipantau dan dijaga selalu jiwa pemuda ini…Terima kasih kepada yang sudi melawat walaupun terlalu banyak kurangnya dalam blog ini..Kpd Awe..jzklh kerana meletakkan komen yang paling pertama di sini…

 

Nak cerita pasal apa ye…fikir jap…hmmm…ape ya??

 

Alhamdulillah dah dapat ideaJ

 

Kisah ini berkanaan dengan gambar yang ana letakkan di halaman utama sebelah atas..yang berbunyi, ”Perjuangan ini menuntut pengorbanan darimu..” Surah ke 9(At-Taubah), ayat 121 yang bermaksud:

 

“Dan tidaklah mereka memberikan infak baik yang kecil maupun yang besar dan tidak (pula) melintasi suatu lembah (untuk berjihad) kecuali akan dituliskan bagi mereka (sebagai amal kebajikan) untuk diberi balasan oleh Allah (dengan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.”

 

Tidak ingin untuk menghurai ayat ini dengan sewenang-wenangnya kerana takde ilmu dalam bidang tafsir dengan mendalam. Sekadar ingin mengatakan dari gambar dan ayat tersebut ialah semestinyanya dalam perjuangan membangunkan Islam memerlukan pengorbanan yang tidak sedikit jumlahnya…

 

Mari kita bersama telusuri ke zaman silam yang lampau…bagaimana perjuangan para sahabat dan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. berjuang demi memastikan ISLAM ini tertegak di muka bumi ini…Tidak lupa juga dengan perjuangan merekalah dapat kita menghirup kemanisan iman dan Islam dalam diri kita pada hari ini..Kaji dan selidiklah sirah nabi dan para sahabat..lihatlah bagaiman kehidupan mereka..Lihatlah segala pengorbanan yang mereka berikan demi Allah dan Rasulnya…

 

Jadi di sini ana akan cuba sampaikan kisah pengorbanan harta (infaq) 2 org sahabat Rasulullah..moga-moga kita dapat tempiasnya dan mampu untuk berkorban seumpama mereka suatu hari nanti..Insyaallah…

 

Sahabat yang pertama yang akan dibentangkan ialah Abdul Rahman bin Auf. Beliau merupakan antara sahabat yang terkaya tapi tak pernah miss pergi perang walaupun sekali. Kita ni kalau dah kaya mesti asyik sibuk dengan bisnes je..sampai termiss solat jemaah kat masjid pun dah tak kisah..tetapi beliau tidak…Selain itu ada dikisahkan beliau pernah membebaskan sebanyak 31 hamba dalam sehari hanya kerana dia terlalai seketika kerana menguruskan perniagaan sehingga terlewat sedikit ke solat berjemaah…Beliau juga antara sahabat yang banyak menginfaqkan hartanya untuk kelengkapan peperangan setiap kali datangnya peperangan.

 

Sahabat yang kedua pula ialah Talhah bin Ubaidillah. Beliau menerima 70 tetakan dalam perang Uhud…semata-mata kerana menjadi perisai Nabi…Selain itu Nabi pernah mengatakan kepada para sahabat bahawa pengorbanan Talhah dalam peperangan Uhud ini seumpama bukit Uhud (70 tetakan pedang dan anak panah) dan beliau juga termasuk dalam golongan Surah Al-Ahzab,ayat 23 kata Nabi lagi…check sendiri ye kerja rumah…Tambahan lagi, beliau pernah mendapat 40 000 dinar melalui hasil ghanimah dalam sebuah peperangan…kemudian dia balik ke rumahnya dalam keadaan susah hati kerana dia berjuang bukan untuk harta ini tetapi adalah kerana Allah semata-mata. Lalu dia meminta  isterinya membahagikan harta itu kepada semua orang2 miskin sehingga hartanya yang tingla cuma tinggal 1 dinar sahaja….kiranya 39 999 dinar telah disedekahkan untuk membantu umat Islam yang lain…

 

Jadi inilah antara contoh-contoh perjuangan sahabat yang mana begitu hebatnya pengorbanan mereka semata-mata untuk memartabatkan Islam di muka bumi ini. Jadi bagaimana dengan kita? Kadangkala untuk derma ke Palestin RM1 pun kita sudah berbelah bahagi….Wallahu a’alam.. Jom Bina Diri!!  

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s