Adakah kita seorang yang sabar?

Standard

Adakah kita sentiasa bersabar dengan ujian-NYA??

Adakah kita sentiasa bersabar dengan ujian-NYA??

 

 

Adakah kita seorang yang sabar?

 

Sebuah persoalan yang tiba-tiba terlontar keluar dalam benak pemikiranku sebaik sahaja kuselesai membaca sebuah pembahasan berkenaan ”Pendidikan Dari Sudut Akhlak Terhadap Manusia” di dalam salah satu subjek di kuliah Usuluddin wa Dakwah yakni subjek Dirasat Fi Nizom Islamiyah (Pelajaran Tentang Sistem-Sistem Islam)….

 

Kadangkala dengan mudah kita merasakan diri kita sudah sabar apabila berlaku suatu peristiwa yang buruk terhadap diri kita. Sebagai contoh, perkara yang penulis telah mengalaminya sendiri; kena ejek (sabar2), gagal dalam periksa (sabo je la..siapa suruh belaja main2), kena tackle masa main bola (heee…asyik aku je kena tackle x de orang lain ke? Sabar2..jangan marah..Senyum je kat dia..) Dan ini hanyalah sekadar beberapa contoh peristiwa yang berlaku dan lintasan hati penulis selepas mengalami peristiwa tersebut yang kadangkala merasakan kita sudah cukup bersabar.

 

Namun begitu, tidak semestinya kita sudah tergolong dalam golongan orang yang sabar sebagaimana generasi terdahulu yang disebut di dalam Al-Quran.

 

Di dalam buku tersebut (Dirasat Fi Nizom Islamiah), menyatakan bahawa sabar terbahagi kepada tiga.

 

Pertama, sabar dalam mentaati Allah.

 

Sememangnya dalam mentaati Allah ini kita akan sentiasa diuji. Bukan mudah untuk kita berterusan solat jemaah di masjid setiap kali waktu solat, qiamullail setiap malam, baca Al-Quran seJuz sehari dan ibadah-ibadah yang lain. Arahan menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan bagi setiap muslimin dan muslimat pun belum tentu kita dapat jalankan dengan baik. Tambahan lagi,masih wujud 1001 hak-hak Allah yang belum mampu kita tunaikan dengan sebaiknya yang terdapat dalam Al-Quran.

 

Oleh itu, perlulah kita bersabar dalam menangkis godaan syaitan dan dorongan hawa nafsu kita yang menyuruh kita lari dari mentaati Allah ataupun mentaatiNya secara sambil lewa.

 

Kedua, sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah.

 

Maksiat merupakan setiap perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul dari kita melakukannya. Maksiat juga adalah perkara yang apabila kita lakukan, kita merasa tidak sedap hati dan tak suka orang melihatnya.(Hadis). Selain itu,kadangkala dengan tidak disangka-sangka perkara yang kita sukai itulah maksiat, lantaran bisikan syaitan dan nafsu yang rancak menambah garam bagi kita terus melakukan maksiat tersebut.

 

Seringkali juga,kita menggambarkan haram dan halal itu hanyalah pada makanan namun ia juga wujud dalam aspek perbuatan dan sifat juga.Mengejek,menghina,mengumpat,hasad dengki, bangga diri dan segala sifat-sifat yang tidak dibenarkan wujud dalam setiap diri mukmin perlulah kita hindari dengan sedaya-upaya.

 

Jadi nak tak nak kita memerlukan sifat sabar yang kuat dalam diri untuk kita menjauhi maksiat.

 

Ketiga, sabar terhadap malapetaka dan bala yang menimpa.

 

Sabar dari sudut inilah yang biasa kita ketahui. Ia datang dari aspek kehilangan salah satu nikmat Allah dan ujian Allah terhadap diri kita. Misalnya, kematian orang yang disayangi, kehilangan barang seperti handset, sakit kuat, gagal peperiksaan setelah belajar bersungguh-sungguh dan lain-lain.

 

Ya Allah..Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang sabar dalam mentaati-Mu, dalam menjauhi larangan-Mu dan juga sabar dalam setiap ujian-Mu..kerana kami tahu kami hamba-Mu yang lemah dan tiada daya melainkan Engkau memberi kami kekuatan untuk melaksanakannya…Ameen Ya Rab!! 

 

Akhir kata, adakah kita seorang yang sabar? Sama-sama kita renungkan….

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s