Ada Apa Dengan 3 Mac??

Standard

Salam…

Hari ini merupakan 3 Mac 2009(tulis 4 hari yang lalu tapi baru dapat update hari ini)…sedar tak sedar ada sesuatu peristiwa yang menyedihkan berlaku pada tarikh ini 85 tahun yang lalu…Kita sebagai umat Islam sepatutnya mengetahui tentang perkara ini…tapi oleh kerana kita kurang mengkaji dan diajarkan sejarah selain sejarh Islam terutamanya..menyebabkan ramai generasi umat Islam hari ini tidak mengetahui apa yang berlaku pada tarikh ini 85 tahun yang lalu….

Anda tahu? Maka beritahulah pada penulis apa yang berlaku…

Anda tidak tahu? Maka penulis cuba untuk memberitahu sekadar ilmu yang dimiliki oleh penulis sendiri…

khilafah

Hari itu merupakan Kejatuhan Khilafah Islam setelah tegaknya khilafah ini selama lebih satu kurun yang lalu bermula dari zaman Nabi S.A.W. memerintah Madinah sehingga ke hari bertarikh 3 Mac 1924..Kejatuhan khilafah ini telah dirancang dan dilaksanakan oleh insan yang bernama Kamal Attaturk (boneka Yahudi) yang memansuhkan sistem khilafah ini dari Negara Turki yang dahulunya merupkan pusah pemerintahan Khilafah Uthmaniah. Sejak bermula dari tarikh ini, umat Islam telah dipisahkan dengan sempadan-sempadan geografi yang terbatas dan umat Islam diserang habis-habisan dari pelbagai aspek. Lalu hilanglah keagungan dan kehebatan umat Islam yang lalu.

Maka terbuktilah sabda Nabi(lebih kuranglah)..kamu nanti akan dikelilingi oleh musuh-musuh Islam seperti sebuah hidangan yang siap-sedia untuk dibahagi2kan..Sahabat bertanya, adakah keran bilangan kami yang sedikit. Nabi menjawab, Tidak bahkan kamu lebih ramai dari mereka namun nilai mereka seperti buih-buih di lautan dan mereka mendapat penyakit Al-Wahan..Sahabat bertanya, apakah al-Wahan itu. Nabi menjawab, Al-Wahan itu ialah sifat cintakan dunia dan takutkan mati… Jadi lihatlah keadaan umat Islam kini yang sering dipermainkan oleh musuh-musuh Islam…Wallahu a’alam..Ingin bercerita lebih, penulis takut ada beberapa fakta yang salah…Jadi cukuplah sekadar berkongsi sebuah video yang diambil dari youtube..(ada 3 part…boleh la sambung tengok kat youtube..search How Long Can The Ummah Wait?)

Jadi, mari kita sama-sama berusaha sedaya-upaya dalam pembinaan diri kita dan ajaklah orang lain untuk menjadi muslim yang sejati. Moga-moga langkah kita ini akan mewujudkan Khilafah Islam kembali pada masa akan datang..Insyaallah..Jom Bina Diri!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s