Jom Sertai!!Projek Cintakan Nabi Kita..

Standard

Assalamualaikum w.b.t…..

Sedar tak sedar, kita telah memasuki bulan Rabiul Awal yang mana di dalamnya terdapat peristiwa penting di dalamnya. Kita sebagai umat Islam, sememangnya mengetahui pada salah satu tarikh dalam bulan ini akan ada sambutan tertentu pada bulan ini. Sambutan apakah ia? Saya yakin setiap dari anda mengetahui jawapannya…yakni Sambutan Maulidurrasul yang disambut oleh seluruh umat Islam di merata dunia.

Ada orang kata sambutan ini merupakan bid’ah(tambahan dalam agama). Ada yang mengatakan ianya bid’ah hasanah dan lain-lain lagi yang mereka kata. Kenapa? Hal ini kerana sambutan ini tidak pernah dibuat oleh Nabi dan para Sahabat serta generasi salafussoleh(3 kurun generasi selepas zaman Nabi). Bagi penulis (setelah mendengar beberapa pendapat yang lain), penulis menyatakan amat PERLU diadakan majlis seumpama ini. Mengapa? Berikut sedikit hujah yang dapat penulis simpulkan untuk sama-sama kita fikirkan…

  1. Kita perlu ketahui kenapa para sahabat dan generasi salafussoleh tidak merayakan sambutan maulidurrasul. Sebabnya kerana mereka amat dekat masa mereka dengan Nabi. Jesteru, rasa kasih dan cinta mereka lebih ‘power’ berbanding diri kita ini. Yang mana kita terpisah zaman dengan nabi lebih kurang 1400 tahun yang lalu.
  2. Selain itu, para sahabat dan generasi salafussoleh merupakan golongan yang banyak menguasai ilmu-ilmu yang diajarkan daripada Nabi sendiri. Lihatlah sendiri berapa banyaknya hadis yang mereka hafal, mereka mampu mengeluarkan fatwa yang sesuai pada zaman mereka, mereka ketahui sirah nabi dengan terperinci dan lain-lain lagi. Contohnya Abu Hurairah, Imam Bukhari dll. Nak dibandingkan dengan kita, hadis berapa keratlah sangat yang kita hafal dan lain-lain lagi ilmu yang kita miliki terlalu jauh bezanya dengan generasi terdahulu.
  3. Jika tiadanya majlis maulidurrasul, mungkin kebanyakan masyarakat akan lupa mengenang kembali akan perjuangan Rasulullah s.a.w.

Jadi dengan beberapa hujah ana yang agak lemah ini, ana mengatakan amat PERLU untuk kita merayakan sambutan Maulidurrasul ini. Namun pengisiannya perlulah digariskan dengan betul supaya kita tidak menyambutnya sekadar ia sebagai satu rutin yang kita ulangi saban tahun.

Amat rugilah, kalau kita sekadar berarak ke sana ke mari namun tiada apa pun kesan di hati kita dengan sambutan ini.

Amat rugilah, kalau kita sekadar duduk di rumah, menonton TV menyaksikan sambutan Maulidurrasul secara langsung di TV1 namun tiada rasa apa-apa di hati kita.(ni antara yang penulis buat dululah ini…huhu)

Amat rugilah kalau kita terlibat dalam sambutan maulidurrasul, berselawat dan bernasyid bersama-sama dan mendengar ucapan-ucapan dari para ustaz namun tiada kesan apa-apa di hati kita.

Oleh itu, mari kita bermuhasabah bersama…

Jadi, penulis ingin mengajak anda semua bersama-sama dengan penulis untuk kita melaksanakan projek mencintai Nabi sempena bulan Rabiul Awal ini.

(tema dan objektif di bawah di ceduk daripada program sambutan maulidurrasul yang dibuat di bumi mesir ini)

Tema: Menghayati roh perjuangan Rasulullah s.a.w.

Objektif:

  1. Menhayati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Tanam rasa cinta terhadap Nabi s.a.w
  3. Mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam setiap bidang aspek kehidupan.

Projek ini berkisar kepada 2 aspek:-

1-Diri sendiri

  • baca kembali sirah nabi dan hayati bagaimana perjuangan Nabi dan para sahabat dalam menyampaikan Islam pada diri kita. Hadamkan dan contohi..
  • Cuba menghafal seberapa banyak hadis nabi dan mengamalkannya
  • Mencontohi peribadi Nabi dalam setiap aspek kehidupan. Jadikan Nabi kita sebagai idola kita. Perhatikan bagaimana akhlak Nabi sebagai seorang ayah, anak, suami, ketua negara, menantu, sahabat dan lain2.
  • Amalkan sunnah Nabi dalam kehidupan kita seperti baca doa sblm dan slps makan, doa tidur,doa masuk rumah dan keluar, doa naik kenderaan, Al-Ma’thurat dan pelbagai lagi sunnah yang ada. (Perlu rajin baca dan cari ini)

2-Orang lain

  • Sampaikan kepada rakan2, teman dan taulan akan kewajipan kita mencintai Nabi. Hidupkan suasana saling memperingatkan antara satu sama lain sebagaimana Nabi memperingatkan sahabat2nya.
  • Berkongsi dengan orang lain, apa yang berkaitan dengan Nabi, cerita sirah nabi, tulis kat blog/wordpress berkaitan Nabi, beri hadiah atau bookmark yang menyebabkan apabila sahabat kita pandang benda tersebut, secara serta-merta akan teringat nabi. Ikutlah kreativiti masing2 macam mana. Buat video ke, sajak ke, nasyid ke, wallpaper ke(sekadar beberapa cadangan)
  • Ajak baca doa berjemaah..baca doa sblm makan ke, doa naik kenderaan ke dan lain-lain..
  • Buat sambutan maulidurrasul yang mampu memberi kesan yang lebih hebat kepada yang menyertainya supaya lebih mencintai Nabi. Bagaimana? Fikirkanlah sendiri..hehe…
  • Jadi itulah dia beberapa projek yang boleh kita lakukan untuk menanamkan lagi rasa cinta kita kepada Nabi dan jesteru mencontohi beliau dalam setiap aspek kehidupan. Selamat Beramal!!

    Untuk akhirnya, sebuah nasyid dari kumpulan Raihan bagi kita merasa rindu untuk bertemu dengan Rasulullah suatu hari nanti..Moga-moga perjumpaan tersebut akan berlaku di syurga nanti..Ameen Ya Rab!!

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s