Jom Bertaubat!!

Standard

taubat 

Kita sebagai manusia tidak akan terlepas melakukan kesilapan atau dosa. Oleh itu,kerana kasih sayangNya Allah terhadap kita maka diberikan cara untuk menebus kesilapan atau dosa yang kita telah lakukan sebelum ini yakni dengan sebuah perkataan khusus yakni TAUBAT….

 

Jadi, sebelum kita pergi lebih jauh….apakah yang dimaksudkan dengan taubat? Fahamkah kita dengan sefaham-fahamnya makna bertaubat? Mari kita bersama menanyakan diri kita sendiri. Adakah dengan sekadar mengucapkan istighfar sudah dikira bertaubat atau bagaimana?

 

Jadi, mari kita bersama-sama saling mengingatkan antara sesama kita kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang mukmin(Al-Quran)

 

Jika ada yang salah tolong sama-sama kita betulkan kerana penulis juga seorang manusia seperti anda jua..hehe..

 

Untuk bertaubat kita perlu melakukan 3 perkara ini yakni rukun-rukun Taubat:-

 

  1. Rasa Menyesal.
  2. Berazam untuk meninggalkan perkara tersebut.
  3. Tinggalkan terus perbuatan tersebut.

 

Sekiranya hanya satu atau dua sahaja rukun yang berjaya kita lakukan bermakna kita belum betul-betul dikira sebagai bertaubat. Dan mungkin Allah belum betul-betul mengampunkan dosa kita tersebut…3 Rukun ini perlu dilakukan secara keseluruhan barulah dikira kita sudah betul-betul bertaubat. Taubat yang betul2 inilah dinamakan dengan Taubat Nasuha.

 

Itu kalau kita berbuat dosa kepada Allah, kalau kita berbuat salah kepada manusia pula bagaimana?

 

Jawapannya:-

 

Kita perlu melakukan 3 rukun yang tadi(menyesal, berazam tinggal dan tinggalkan perkara tersebut) dan ditambah lagi dengan satu lagi rukun yakni meminta maaf kepada orang yang kita lakukan kesalahan kita kepadanya…Kalau dia tak maafkan bagaimana? Itu urusan dia dengan Allah..kita dah minta maaf dan kita terlepas atas kesalahan tersebut…Namun janganlah pula buat balik kesalahan tersebut selepas kita minta maaf…(dah tidak dikira taubatlah kalau dah buat balik..langgar rukun..huhu..)..Yang penting, berbuatlah baik selalu kepadanya dan moga2 dia akan memaafkan kita suatu hari nanti..InsyaAllahJ

 

Semua orang perlu bertaubat

 

Tiada siapa yang bebas dari bertaubat. Ia adalah sunnah para Nabi, sahabat R.A dan orang-orang soleh. Kita bertaubat kerana kurang bertakwa, kurang patuh pada Allah.

 

Imam Ali R.A….apabila ditanya apakah itu takwa, jawabnya..

 

  1. Al-Khauf minal Jalil (Takut kepada Allah yang Maha Agung)

a-Betapa kita kurang takut pada Allah, maka perlu kita bertaubat.

 

  1. Al-Amal bit Tanzil (Beramal apa yang Allah turunkan dalam Al-Quran)

a-Betapa sedikitnya amal yang kita lakukan, maka kita perlu bertaubat

 

  1. Al-Qannatu bil Qalili (Rasa cukup dengan sedikit yang kita ada)

a-Kita tak pernah merasa cukup, bahkan mengejar dunia sehingga lupakan akhirat, maka kita sangat perlu bertaubat.

 

Imam Syafie berkata, kamu boleh lihat diri kamu berada di puncak ketakwaan apabila berlaku perkara berikut:-

 

  • Al-Juud minal Qalil (Kamu bersedekah walaupun duit yang kamu ada tinggal sedikit)
  • Al-War’u ‘Indal Khalwah (Kamu bersikap wara’ ketika kamu berseorangan)
  • An-Takuna kalimata Haqqin Inda Ma Yukhafu wa Yurja’ (Kamu dapat katakan kebenaran di hadapan orang yang kamu takuti dan kamu harapkan sesuatu daripadanya)

 

Kalau semua yang disebut di atas masih belum ada pada diri kita, maka memang perlulah kita bertaubat.(Ya Allah, banyaknya dosaku, kurangnya amalku!!) Semua manusia melakukan kesilapan, yang membezakan antar dua golongan adalah mereka yang memilih untuk segera bertaubat atau tidak.

 

Segera bertaubatkah kita??

 

Masalah kita bukan pada melakukan kesilapan, tetapi silap kita ialah apabila kita tidak bersegera untuk bertaubat. Bukan pelik untuk silap, tetapi cepat iktiraf kesalahan dan cepat taubat itulah yang penting. Satu lagi masalah, apabila kita suka bertangguh-tangguh dan tidak bersegera untuk bertaubat..maka bermakna Allah tidak beri hidayah kepada kita. Nauzubillahi min zalik!!( Ya Allah jauhkanlah aku dari sifat ini!!)

 

Nabi ada bersabda yang bermaksud, ” Kebanyakan dari ahli neraka adalah dari golongan Al-Musawwifun.” Sambung Nabi lagi, “Kamu tahu siapa Al-Musawwifun itu, meraka adalah orang yang selalu menyebut Saufa( Saufa bermaksud akan. Maknanya menangguh-nangguh suatu amal. Saya akan buat itu, akan buat ini.)

 

Jadi bersama kita muhasabah diri kita. Adakah kita tergolong dalam golongan ini yang dikatakan Nabi sebagai ahli neraka?? Ya Allah jauhkanlah kami dari tergolong dari Golongan Musawwifin!!

 

Kita sering mendengar kawan-kawan kita mengatakan begini…“Alah..aku ni muda lagi nanti dah tua nanti aku bertaubatlah”…kita nyatakan hadis di atas kepadanya dan katakan kepadanya…Adakah anda yakin bahawa anda akan hidup sehingga ke hari tua? Sudah ramai yang meninggal dunia dalam keadaan dia masih seorang bayi, kanak-kanak, pemuda dll. Walaupun mereka berada dalam keadaan yang sihat..Ingatlah bahawa mati itu datang secara tiba-tiba..Ingatlah juga bahawa masa yang diberikan kepada kita sekarang adalah senggang masa untuk kita bertaubat akan kesalahan kita yang lalu..Jangan kita menyesal nanti sebagaimana yang diucapkan oleh orang kafir di akhirat nanti, “Alangkah baiknya seandainya dahulu aku jadi tanah” (selepas melihat balasan apa yang yang akan diterimanya dari perbuatan kedua tangan merka)-Suran An-Naba’:40

 

Tanda-Tanda Orang Bertaubat

 

Menurut para ulama’, antara tanda-tanda besar bagi orang yang bertaubat,

  • Dia akan menukar rakan-rakannya kepada rakan-rakan yang lebih baik
  • Dia ubah suasana kehidupannya
  • Dia ubah majlis yang dia duduki(memilih majlis yang baik)

 

Tiada yang terlepas

 

Jadi berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, memang jelaslah setiap dari kita perlu bertaubat. Jadi bila kita baca Firman Allah yang bermaksud,

 

Wahai orang beriman, bertaubatlah kamu dengan taubat nasuha

 

Maka sesungguhnya ayat itu adalah untuk kita. Bukan untuk orang lain.

 

Tanda amal kita diterima

 

Menurut para ulama’ ada 2 tanda amal kita diterima oleh Allah,

 

·        Allah akan memberi kita istiqamah dalam perkara tersebut

·        Kebaikan itu akan mencetuskan kebaikan-kebaikan yang lain. Iaitu Allah memberi kita ilham untuk melakukan banyak lagi kebaikan-kebaikan.

 

Wallahu’alam…moga-moga segala ilmu yang kita dapat pada hari ini bolehlah disampaikan kepada rakan-rakan kita yang lain dan memberi manfaat kepada diri kita.Tiada guna ilmu tanpa amal…Jadi, JOM BERTAUBAT!!!!!

 

 

 

 

 

 

 

4 thoughts on “Jom Bertaubat!!

  1. asad

    bagus….nnt ana linkkan ke pendekar nusantara,
    bila nak update baru?

    ana dah kering ni….
    ~mahu basah~

  2. aal

    saya banyak lakukan dosa besar siape yg patut saya jumpe untuk bertaubat,saya telah banyak kali menyesali perbuatan saya dan bertaubat tertapi sya akan mengulanginye kembali setelah beberapa bulan sahaja

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s