Kenapa Tak Tenang ni..??

Standard

 

 

p7290418

Entah mengapa…

Hilangnya rasa tenang

Dalam redup hatiku

Hatiku rasa gundah-gelana

Perasaanku tidak stabil

Otakku berfikir mencari punca masalah

Lamaku berfikir,

Namun tiada kutemu jawapannya

Ku mula menghisap diriku kembali

Mengapa aku jadi begini?

Pedihnya perasan ini!!

Rasa seperti hati ini disiat-siat dengan pisau yang tajam

Ku merenung lagi jauh dalam diriku

Apa yang telah kulakukan sehinggaku jadi begini!

Aku masih tidak menemui jawapannya

Hari-hari yang kulalui semakin hilang sinarnya

Rakan-rakanku mula bertanya dengan rasa prihatin

Namun aku cuma menjawab “Takde apa-apalah..”

Namun jauh dari sudut hatiku..

Aku sengsara!!

Ku tatap diriku dalam cermin

Terpancar darinya wajahku yang muram durjana

Patutlah sahabatku ada bertanya tentang khabarku

Hilang sudah wajah ceria yang sering membaluti diriku

Aku cuba lagi merenungi diri ini

Moga-moga kali ini aku akan menemukan jawapannya

Kenapa aku jadi begini?

Mungkinkah kerana examku yang semakin hampir?

Mungkin juga..lagi 7 hari nak imtihan syafawi ini

Namun kurasakan bahawa itu bukanlah punca utamanya

Ku terus berbicara dengan hatiku

Memuhasabah kembali apa yang telah kulakukan sehingga aku jadi begini

Alhamdulillah ku temu akhirnya jawapan ini

Saat ku mendengar seorang saudaraku memberikan sebuah tazkirah

Ku ingat lagi setiap butir yang keluar dari lidah saudaraku itu

Mengapa kita rasa tidak tenang?

Itu tandanya iman kita telah menurun..

Ya Allah, itu sebabnya hilang rasa tenang di hati ini

Rasa masam mencuka di wajahku mula surut dengan timbulnya senyuman di bibirku

Lantas kuturutinya dengan sebuah doa di hati ini..

 

Ya Allah, ampunilah segala dosa hambamu ini

Yang sering lupa akan diriMu

Yang sering membuat dosa yang menimbulkan kemurkaanMu sama ada sengaja atau tidak

Yang sering berasa bangga akan kejayaan yang kau berikan

Yang sering mengikuti jejak langkah syaitan berbanding langkah KekasihMu

Yang sering berputus asa dengan rahmatMu

Yang sering melewatkan taubat kepadamu selepas melakukan dosa

Dan banyak lagi yang telah ku lakukan sehingga hilangnya rasa tenang ini dalam hatiku

Maka kau ampunilah aku Ya Allah

Ilhamkan aku dengan setiap amalan yang akan mendekatkan diriku denganMu

Kuatkanlah rasa pengharapanku padaMu

Hilangkanlah rasa putus asa dan sedih dalam hatiku ini

Berikanlah padaku kekuatan untuk terus istiqamah di atas jalanMu

Berjayakanlah aku dalam imtihan yang akan berlangsung tak lama lagi

Mudahkanlah urusanku dan berjayakanlah juga rakan-rakanku dalam mengharungi imtihan duniawi ini

Ampunilah segala dosa ibu bapaku ,adik-beradikku,atuk dan nenekku, saudara-maraku, rakan-rakanku dan seluruh umat Islam di muka bumi ini tidak kira yang masih hidup ataupun yang sudah mati..Tidak lupa juga ampunilah dosa pembaca-pembaca blog ini..

Y a Allah perkenankanlah doa hambamu yang hina ini….

-Monolog hambamu yang hina-

Hanif b Mohamad Salleh

8.23 p.m. 27/4/2009

Darul Himmah, Dirasat, Mansoura, Mesir.

p/s:Exam dah dekat sangat ni…masa untuk study dan bekerja keras sudah tiba…Man jadda wa jada..Di bawah jadual exam Tahun Satu Usuluddin Al-Azhar cawangan Mansoura…doa2kan diri ini..Syukran

 

 

J

5 Mei 2009- Syafawi Quran

12 Mei 2009-Syafawi Tauhid

16 Mei 2009-Tafsir Tahlili

18 Mei 2009-Quran

20 Mei 2009-Ulum Hadis

23 Mei 2009-Tauhid

25 Mei 2009-Qasosul Quran

27 Mei 2009-Usul Dakwah

30 Mei 2009-Milal wa Nihal

1 Jun 2009- English

3 Jun 2009-Tasauf

6 Jun 2009-Hadis Tahlili

Huhu..10 Madah semuanya untuk sem kali ini..Moga Allah mudahkan dengan doa2 kalian.

10 thoughts on “Kenapa Tak Tenang ni..??

  1. salam akhi.
    semoga dalam ketenangan selalu.
    bykkan zikrullah dan tasbih insyaAllah dapat membantu.
    doakan kami di sini ya!
    salam rindu dari Tanta.🙂

  2. teman sebilik (stam 07)

    setakat taaruf ana yang x seberapa ni,
    ana merasakan semua di atas adalah petanda bahawa,
    enta akan:

    ”MUMTAZ”

    semoga allah mudahkan segala urusan..

  3. Yusuf

    Terima kasih saudaraku atas kata-kata yang tak ternilai hikmahnya.sayapun merasa perlu mengoreksi diri
    Teruslah berjuang,saya turut doa pada anda.

  4. wana93

    kate2 yg sungguh mendalam..
    sm0ge dbrikan ketenangn..
    hanya menyebut nama ALLAH..hati akn jd tenang..
    insyaALLAH..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s