Terkenang Kembali…

Standard

Salam..

Apa khabar semua? Moga kita semua dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria hendaknya..

Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi melawat blog ini walaupun jarang sekali diupdate..huhu..dan juga berbanyak terima kasih kepada semua yang memberi komen kepada post Kenapa Tak Tenang ni??

Sememangnya post itu ditulis dalam keadaan hati yang tidak tenang dan rasa STRESS yang teramat yang menimpa pada diri penulis sendiri…kenapa? Adalah sebabnya…hanya diri ini dan Allah sahaja yang tahu…hehe…

Hari ini 11hb Mei 2009, esok ada exam syafawi Tauhid(12 Mei)…dan seterusnya ada lagi 10 imtihan menunggu untuk dijawab oleh penulis dan rakan-rakan di Mesir ini..moga kita semua MUMTAZ!! Ameen Ya Rab!

Takde sekadar ingin mengenang kembali saat bertolak ke bumi Anbiya’ ini dulu…beserta dengan kata-kata semangat, harapan dan duit daripada teman-teman, sanak-saudara, jiran-jiran serta keluarga yang tercinta….rindu ANTUM SEMUA!!

Kali ini juga ingin mengingatkan diri ini serta kepada semua yang sedang menuntut ilmu sama ada di bumi Mesir ini sendiri ataupun di tempat lain..dengan sebuah soalan…Kenapa aku datang ke Mesir ini?..Dengan lebih spesifiknya,Apa niatku datang ke bumi Mesir ini? Jawab dalam hati masing-masing sama ada kita berada di landasan yang benar ataupun sebaliknya..

Bagi diri penulis, sememangnya diri ini telah banyak berubah landasan setelah 8 bulan berada di Mesir ini…banyak perkara yang penulis targetkan tidak berjaya dicapai selama tempoh 8 bulan ini…Moga untuk masa-masa yang akan datang ini, diri ini akan menjumpai landasan yang benar dan istiqamah dalam landasan tersebut..Mohon doanya…

Mengenang kembali kata-kata As-Syahid Hasan Al-Banna, “Binalah diri kamu supaya kamu dapt membina bangsa kamu.”

Ya Allah berilah kekuatan pada hambaMu ini untuk terus thabat atas jalan ini..Ameen Ya Rab!

Maaf kalau post ini agak bersifat peribadi, dah memang ni blog ana, nak buat macam mana..hehe..Apa-apa hal pun ana doakan moga kita semua berada di landasan yang benar dan seiring dengan apa yang kita telah niatkan sepanjang permusafiran kita di dunia ini..Ameen Ya Rab!!

Inilah dia post, Terkenang Kembali…

CIMG3453

Ana wa Abi..

CIMG3455

Ana wa Ummi:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s