Jom Solat Jemaah kat Masjid!!

Standard

Salam…moga kita semua sentiasa di dalam redha Allah sepanjang hari ini…

Dah baca tajuk di atas? Ini merupakan sebuah seruan kepada diri ini terutamanya dan seterusnya kepada pemuda-pemuda Islam yang sedang membaca post ini..hehe…

30702966347317l

Kenapa perlu berjemaah kat masjid?

Solat kat rumah sudahlah…

solat sorang2 lagi best…

aduh, tengah best cerita ni…

nantilah..dah tua nanti aku pergi masjid la….

penatlah..baru balik kuliah ni

dan pelbagai lagi alasan yang kita letakkan di hati kita untuk tidak pergi berjemaah kat masjid…

Baiklah, menjawab kepada persoalan yang ditanyakan di atas…Kenapa perlu berjemaah kat Masjid bagi orang lelaki Islam terutamanya? Yelah, itukan sunnah baginda…cuba kita kaji sirah Baginda S.A.W…baginda solat fardhu kat mana? Rasa semua tahu kot jawapannya…

Di sini ana letakkan beberapa sabda Nabi berkenaan orang yang solat berjemaah di masjid…moga kita lebih bersemangat untuk selalu berjemaah di masjid selepas ini….Ameen Ya Rab!!

“Sesiapa bersuci di rumahnya, kemudian berjalan menuju ke salah sebuah rumah Allah swt bagi melaksanakan salah satu kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah swt, maka salah satu daripada dua langkahnya akan menggugurkan kesalahan yang dilakukannya dan langkahnya yang satu lagi akan meninggikan darjatnya.

“Sesiapa yang selalu ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat persinggahan baginya di dalam syurga bagi setiap kali dia pergi.”

“Orang yang paling besar ganjarannya dalam sembahyang ialah orang yang paling jauh berjalan (untuk ke masjid). Dan orang yang menunggu sesuatu sembahyang lalu dia menunaikannya bersama dengan imam lebih besar ganjarannya daripada seorang yang sembahyang kemudian dia tidur.”

“Setiap orang muslim yang apabila tiba waktu sembahyang fardu lalu dia memperelokkan wuduk, khusyuk dan rukuknya, maka sembahyangnya itu akan menjadi penghapus dosa yang dilakukan sebelum daripada itu selagimana dia tidak melakukan dosa-dosa besar. Keadaan ini berlaku sepanjang masa.”

Apa lagi Hanif, dah azan tu..pegilah cepat ke masjid…OK2…jom kawan2 semua mari kita meriahkan masjid kita dengan orang2 muda seperti kita…Jom Solat Jemaah kat Masjid!!

p/s: Sebuah video untuk tatapan semua..Moga kita tidak bertangguh2 untuk ke masjid seperti mereka berdua ini..hehe..

One thought on “Jom Solat Jemaah kat Masjid!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s