Kenangan PMPI 09-Marsa Matruh

Standard
Salam….

Alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan untuk meng’update’ wordpress ini….

Jadi, Insyaallah post kali ini adalah berkisar tentang tajuk post di atas….

Sebenarnya nak update pasal ini dah lama, tapi oleh kerana masalah teknikal yang berlaku…meyebabkan penulis terpaksa menangguhkan post ini sehingga ke hari ini…Pertama sekali syukran kepada saudara Anas Norkefli yang terus memberi semangat untuk penulis mengupdate pasal PMPI ini walaupun bahang kehangatannya telah semakin kehilangan bak kata orang…Namun bagi diri penulis, kehangatan ukhuwwah, keindahan memori di sana akan terus bersama diri penulis dan tidak akan pernah terpadam kecuali dengan izinNYA. 

Jadi post kali ini, akan diletakkan dalam kategori Diari Mesir. Moga-moga akan ada lagi post sebegini untuk masa-masa akan datang. Mohon doanya.

Sebelum ana nak menulis berkenaan post ini, sebuah persoalan menerjah dalam benak fikiran ini,  “Mengapa nak cerita pasal diri sendiri ni?” Nak promote diri ke..Ya Allah, jauhkanlah diri ini dari keinginan tersebut…Ameen. Jadi, selepas penulis berfikir dan berkira-kira, ingin penulis kongsikan diari ini kerana:-

1)Sebagai sebuah cara untuk menceritakan keadaan diri penulis di Mesir kepada ahli keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Moga-moga denga post seperti ini, terubatlah rindu mereka kepada diri penulis yang daif ini…Bak kata Ummi penulis yang tersayang ketika mengirimkan gambar2 diri ini, “Alhamdulillah terubat rindu Ummi pada Hanif (lebih kurang la…hehe)

2)Sebagai sebuah kenangan untuk diri ini kembali melihatnya pada masa akan datang…Moga-moga ia akan memberi sebuah kekuatan untuk diri ini meneruskan hidup yang semakin mencabar dari hari ke hari..

3)Sebagai galakan untuk siapa2 yang berminat untuk datang belajar ataupun ziarah ke bumi mesir ini…Jumpa nanti!!

Ok..dah selesai…Jadi mari kita teruskan dengan post ini, Kenangan PMPI 09-Marsa Matruh:  Selamat Membaca!

Apa itu PMPI? Ia merupakan singkatan bagi Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir dan ini merupakan perkhemahan yang diadakan secara tahunan. PMPI 09 kali ini bertempat di Marsa Matuh dengan bertemakan “Warnai Hidupmu dalam Ikatan Persaudaraan.”

 

Marsa Matruh

Terletak 290 km ke arah Barat Iskandariah,yang mana jaraknya dari Kaherah adalah sejauh 524 km.ianya terdampar di tebing Mediterranean dan dikenali dengan persisiran pantai sepanjang 7 km,di mana para pengunjung mengklasifikasikannya antara pantai tercantik di dunia.

Pantainya terkenal dengan pasir putih yang lembut dan air laut yang tenang serta jernih,juga bangunan batu-bata sebagai pemecah ombak semulajadi yang menjadikannya lebih mempesonakan.

Antara tempat2 menarik :-

1. Pantai Ageeba

terletak 28 km di sebelah Barat Marsa Matruh.Ianya diindahkan dengan pemandangan yang cukup menarik di tambah dengan batu2 yang unik di sekelilingnya.

2. Pantai Al-Abyad

Terletak 20 km di sebelah Barat Marsa Matruh.terkenal dengan pasir pantai yang putih (Al-Abyad) dan halus yang mampu menawan para pengunjung.

 

3. Hamam Cleopatra

Bangunan batu-bata yang terletak di persisiran pantai.

 

Jadi gambar-gambar di atas merupakan antara tempat-tempat yang dilawati sepanjang permusafiran kami di Marsa Matruh…SubhanAllah..hebatnya ciptaanMu Ya Allah..kalau tak percaya dgn gambar di atas bolehla pergi tengok..melihat dengan mata sendiri lebih besar nikmatnya dari lihat pada gambar..keindahannya berkurang sedikit walaupun guna kamera secanggih mana pun..hehe…

Ok…sambung balik pasal PMPI 09 Marsa Matruh…

Setiap peserta dibahagikan kepada 10 kump yang diberikan nama-nama yang sememangnya bakal menghangatkan lagi ikatan persaudaraan sesama kami.

(Riang,Senyum,Mesra,Budiman,Ceria,Gembira,Ramah,Sentun,Sopan,Harmoni)

Alhamdulillah diri ini diletakkan di dalam kump Riang:)

Berikut gambar ahli-ahli kump RIANG:

 IMG_8122

Kami memilih warna tema untuk pakaian kami dengan warna merah…Jadi sebab nak bagi semua sama jadi kami sepakat beli jersey MU bernama Rooney dan Ronaldo.

 

Jadi di bawah ini, beberapa gambar aktiviti yang dapat dikongsikan dalam ruangan yang terhad ini:-

 

 

Walahu’alam…syukran kerana membaca…

p/s:kalau gambar rasa tak jelas..bolehlah tekan pd gambar tersebut….huhu…tak sabar nak pi PMPI lagi tahun depan…siapa yang tak pergi lagi bolehla ikut tahun depan…Insyaallah..

One thought on “Kenangan PMPI 09-Marsa Matruh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s