Bakti Belia: Khidmat Masyarakat

Standard

Bismillahirrahmanirrahim…(ikhlaskan niat)

Pertama sekali, Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kekuatan untuk meng’update’ blog ini…Hentah mengapa, saban hari ini penulis merasakan kemalasan yang amat untuk mengupdate blog ini…Namun cuba juga, diri ini untuk terus berusaha melawan segala rasa malas yang mungkin datang lantaran hasutan syaitan itu sendiri…Teringat kembali, tentang nama blog ini, BINADIRI…maka diri ini perlu lebih hebat dan maju untuk masa yang mendatang demi ummah. Maka, dengan ini berjayalah post ini ditulis pada hari ini..Alhamdulillah…Mohon doa semua supaya penulis sentiasa istiqamah dalam meng’update’ blog ini..Syukran jazilan!!

Jadi mari kita telusuri post pada kali ini…jeng2…

Baru-baru ini, penulis menyertai sebuah program yang dinamakan sebagai Bakti Belia..lebih kurang konsep utamanya ialah berdasarkan Khidmat Masyarakat…Maka, kami seramai lebih kurang 35 orang (kalau tak silap) telah ditugaskan untuk berkhidmat dalam membersihkan Masjid Syarbini bersebelahan Suuq Sayyarat(Pasar Kereta)…Kemudian kami dibahagikan kepada 3 Team (Tandas, Dewan Solat, Tingkap& Pintu)..Penulis mendapat tugasan di Dewan Solat (nak amik tandas tapi tak sempat..huhu)..Jadi di dalam Dewan Solat ini, kami bekerjasama menvakum setiap tikar solat, mengelap kipas dan membersihkan rak kasut…Alhamdulillah setelah hampir 2 jam kami berusaha mak selesailah tugas gotong-royong kami pada hari itu….Lupa pulak nak beritahu flow pada hari kejadian tersebut…Boleh baca di bawah:

7.00 pagi- Berkumpul di Pejabat ISMA-Mesir

7.30 pagi- Alas Perut(makan roti fin dgn jem)

8.00 pagi- Ucapan aluan&Taklimat

8.30 pagi- Bakti Belia

11.00 pagi- Makan Tengahari (nasi goreng pedas..huhu)

12.00 t/hari- Pulang

 

 

Jadi apa yang ingin saya kongsikan kepada pembaca semua bukanlah apa yang berlaku kepada saya pada hari kejadian. Namun diri ini ingin berkongsi apa yang penulis perolehi dari program ini dan pihak penganjur.Jadi bolehlah teruskan pembacaan….hehe

1-Perhatikan niat kita sebab apa kita datang sesuatu program…kerana apa? Kerana ada orang ajak? Kerana suka2? Kerana nak makan free? Kerana kena suruh dengan masul(ketua)? Kerana program ini best?

 

Jika anda datang kerana perkara2 di atas atau yang lainnya maka rugilah anda kerana di hari Akhirat nanti, sewaktu perbentangan amal..takut2 apa yang kita lakukan semasa program tersebut( bersihkan tandas yang kotor, vakum dewan solat, lap tingkap kipas dll) tiada nilainya di sisi Allah SWT..Mengapa, kerana Allah tak akan terima amal kita kecuali amal yang dilakukan keranaNYA sahaja…Oleh itu, betulkan niat anda ketika membaca post ini, moga2 dengan perbuatan anda yang sedang membaca post ini dikira sebagai sebuah amal yang diterima oleh Allah SWT.

2. Jangan kita memandang kecil sesuatu pekerjaan.

Ada sebuah kata2 ulama'( kalau ada siapa2 tahu namanya tolong bg komen kat bwah):

Boleh jadi sesuatu amalan yang kita pandang sebagai sesuatu yang besar menjadi kecil dengan sebab niat, dan boleh jadi sesuatu amalan yang kita pandang sebagai sesuatu yang kecil, menjadi besar dengan sebab niat.

Contoh:

1-Seorang yang cuci tandas dengan niat ikhlas kepada Allah semata-mata, nampak low standart di mata manusia namun di sisi Allah ia adalah perkara yang besar kerana dia ikhlas.

2-Seorang yang memberi sumbangan RM1000 kepada masjid, namun pada masa yang sama dia rasa riya’ dan takabbur..maka nilainya jatuh di sisi Allah SWT..walaupun orang nampak pemurahnya dia ini…

3-Pentingnya penyucian hati setiap masa dan ketika serta selalu

Pernah tak anda mengemas rumah anda? Tak pernah?

Ok, cuba kita bayangkan…rumah mana yang lebih mudah dikemas…rumah yang dikemas seminggu sekali atau rumah yang dikemas setahun sekali? Jawapannya, sudah tentulah rumah yang dikemas seminggu sekali.

Rumah yang dikemas setahun sekali lebih sukar dibersihkan kerana sudah banyak habuk yang terlekat, sampah yang banyak, keadaan perabot yang teratur dan lain-lain yang memerlukan masa yang lebih lama untuk mengemasnya.

Begitu juga dengan hati, kalau kita jarang menyucikannya, maka banyaklah titik hitam yang akan menyelubungi hati kita dari masa ke masa. Dan apabila kita nak membersihkannya memerlukan usaha yang betul-betul kuat dan istiqamah untuk membersihkannya..Ibarat kita membersihkan punggung kuali yang sudah betul2 hitam dan lama tak diputihkan kembali…Sebab itulah, kita susah rasa nak khusyuk dalam ibadah, rasa biasa dengan maksiat dan lain-lain lagi perkara yang menyebabkan kita jauh dari Allah SWT. Nauzubillahi min zalik..

Oleh itu, selalulah sucikan hati anda.

Itu saja kot…banyak lagi point yang disampaikan oleh Ustaz Suhaib Ar-Rumy dan Pengarah program Dr Hafiz Khairuddin..tapi tak ingat..Minta maaf atas kelemahan ini..Moga-moga ketiga-tiga point ini dapat membantu dalam pembinaan diri kita semua..Wallahu a’lam. Jom Bina Diri!

 

 

p/s: Maaf gambar pada hari kejadian tidak dapat dirakamkan kerana penulis sendiri tiada kamera…handset pun takde kamera jugak..doa2kan ada rezeki boleh beli handset ada kamera…

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s