Anda sebaik-baik manusia???

Standard

Bismillahirrahmanirrahim….(ikhlaskan niat)

Alhamdulillah baru sahaja pulang dari Kaherah ke Mansoura. Perjalanan yang membuatkan diri ini banyak berfikir.Mengapa?

Semasa penulis menaiki sebuah van untuk bertolak ke Mansoura dari Ramses…seorang Arab Mesir bertanya kepadaku dengan Lahjah Ammi Mesir….

Enta isma keih? (siapa nama kau?)

Hanif..

Enta Minen? Andonesy? (kau berasal dari mana, Indonesia?)

Malizia… (Malaysia)

oo..ahsan naas… (ooo…sebaik-baik manusia)

Perkataan ahsan naas itu benar-benar mengetuk hati ini….

Betulkah orang Malaysia itu sebaik-baik manusia?

Anda jawab sendiri…

Namun apabila diri ini dikatakan sebaik-baik manusia terasa pedih di hati ini…Tertancap di dalam hati ini…”Layakkah aku ini digelar sebaik-baik manusia??”

Masih banyak lagi sikap-sikapku yang perlu diperbaiki untuk menjadi sebaik-baik manusia…

Namun yang pasti..jika aku dipertemukan lagi dengan situasi di atas…selepas sahaja disebut ahsan naas..Aku akan mengatakan Ameen…

Sabda Rasulullah s.a.w.:-

Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak member manfaat kepada orang lain.

Jadi sejauh mana diri kita ini bermanfaat kepada orang lain?

Maka apa lagi, JOM BINA DIRI menjadi sebaik-baik manusia!!

2 thoughts on “Anda sebaik-baik manusia???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s