Lambaian Ramadhan…

Standard

Bismillahirrahmanirrahim(ikhlaskan niat)

Bulan Ramadhan kembali lagi….namun masih lagi berbaki 2 hari lagi sebelum ia menyapa diri ini…Sampaikah aku di bulan Ramadhan? Aku bermonolog sendirian lalu memanjatkan doa Allahumma balighna Ramadhan…


Alhamdulillah baru sahaja menghadiri Ceramah Lambaian Ramadhan dan mendapatkan input yang baik dalam persediaan buat diri ini bagi menghadapi Ramadhan…Disampaikan ceramah tersebut oleh Ustaz Suhaib Ar-Rumy kerana Pegawai Baru Kedah mengalami symptom-simptom Influenza H1N1(doakan agar beliau takde apa2 dan sembuh seperti biasa..Ameen)…jadi beliau cuma datang untuk merasmikan majlis sahaja kerana ada temujanji dengan hospital selepas itu…

Jadi di bawah merupakan point2 yang berjaya dikutip sepanjang ceramah itu…

Pertama sekali, tanyakan pada diri kita..apa perasaan kita sebaik sahaja memasuki bulan Ramadhan…rasa seronok atau sebaliknya…Jawapan anda bergantung kepada kebersihan hati anda dan betapa dekatnya hubungan anda dengan Allah s.w.t.

  • Perlunya persediaan yang kuat sebelum Ramadhan supaya kita ada stamina yang tinggi untuk terus memanfaatkan sepenuhnya 30 hari Ramadhan. Bukan pada awalnya semangat baca 1 juz quran dan pi solat tarawih tapi bila 10 akhir Ramadhan quran jadi 1 muka sehari dan solat tarawih pun dah jarang-jarang kerana sibuk dengan persiapan raya…
  • Gunakan sebanyak waktu untuk berdoa di dalam bulan Ramadhan kerana doa orang berpuasa itu diperkenankan.
  • Setiap amalan fardhu yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan dengan 70 kali dan setiap amalan sunat dikira ganjarannya seumpama amalan fardhu. Jadi masa untuk memperbanyakkan amalan!!

Pahala

Amalan Sunat

Amalan Fardhu

Selain Ramadhan

1

70

Ramadhan

70

490

Diceritakan juga di sini, sebuah kisah seorang tabien yang dia terlepas solat Isya’ secara berjemaah kerana sibuk dengan perniagaannya…Kemudian dia pulang ke rumah lalu menunaikan solat Isya’ sebanyak 27X secara bersendirian..dan dia selesai dekat-dekat subuh..Selepas itu, dia terlelap lalu bermimpi. Dalam mimpi tersebut, dia ditinggalkan jauh dengan sepasukan penuggang kuda yang sedang memecut jauh darinya..Lalu ketua mereka berkata kepadanya apa yang kamu lakukan itu tak akan sekali-kali mampu menyaingi pahala solat berjemaah di masjid.

Maka melalui cerita di atas, marilah kita memanfaatkan sepenuhnya bulan Ramadhan dengan ibadah-ibadah yang banyak. Masa untuk mengutip pahala yang banyak..Jom!

  • Lailatul Qadar-sebuah malam yang mana amal ibadah yang dilakukan pada malam tersebut adalah lebih baik dari seribu bulan(lebih kurang 84 tahun)

Malam ini hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat..ia adalah untuk mereka yang betul-betul memanfaatkan masanya sepanjang bulan Ramadhan..bukan untuk mereka yang hanya rajin beribadah pada hari-hari tertentu sahaja..Contoh malam 27 Ramadhan sahaja..

  • Ketahuilah bahawa peluang kita ini terhad…kita sendiri tidak pasti adakah kita akan dapat melalui bulan Ramadhan di lain masa..sebagaimana yang terjadi oleh Almarhum Ustaz Asri sendiri yang tidak dapat menghirup udara Ramadhan untuk tahun ini…Oleh itu, rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah kepada kita ini dengan sebaik-baiknya!!

JAGA-JAGA

  1. Puasa adalah untuk seluruh badan. Bukan hanya tertumpu pada perut sahaja yakni puasa sekadar menahan lapar dan dahaga..Puasa juga mata dari melihat perkara yang haram, puasa telinga dari mendengar perkara yang tak bermanfaat dan puasa setiap anggota badan kita…
  2. Allah tak terima puasa orang yang mengumpat, menghina dan menipu orang lain…Oleh itu, hati-hatilah kerana kadang2 kita sendiri tak tahu apa yang kita katakana itu adalah mengumpat….Apa istilah mengumpat? Kita mengatakan apa yang tidak disukai/aib  saudara kita kepada orang lain..Tak kisahlah perkara apa pun…
  3. Dengan televisyen, Internet, Tidur berlebihan, Marah dan Buang Masa…

  • Pastikan pada masa puasa ini kita adalah orang yang paling proaktif kerana perut kita menjadi semakin ringan berbanding biasa…Jangan disebabkan kita, orang-orang bukan Islam terus mengatakan bahawa puasa ini hanya melambatkan produktiviti orang Islam…

Selain itu, jadikan puasa Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya….

p/s: Sekadar itu sahaja…maaf kerana ayat2 tak tersusun…moga bermanfaat dan Selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog Binadiri!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s