Salam…moga kita sentiasa di dalam rahmatNya…Bagaimana dengan pemburuan anda? Sudah bertemu dengan Lailatul Qadar? Kalau belum, mari kita tingkatkan usaha…kalau sudah bertemupun teruskan beramal, kerana list utk pembebasan api neraka sentiasa terbuka di setiap malam Ramadhan…Moga2 kita termasuk dalam list tersebut…Ameen Ya Rab!!
Sekadar berkongsi sebuah artikel….yang mana betul2 terkena pada diri ini…Penyakit berfikiran negatif ini yang telah meracuni pemikiran penulis sejak Form 5 lagi kalau tak silap…namun rasanya ramai tak sedar…cuma diri ini dan Allah sahaja yang tahu kot(agak2nya)…apa-apa hal doakan agar penulis bebas dari penyakit ini dan sentiasa berfikiran POSITIF mulai hari ini…kenapa??Kerana diri ini perlu terbina supaya Islam juga terbina…Maka kepada sesiapa yang selalu berfikiran negatif, Let’s be POSITIVE NOWADAYS n ALWAYS!!
Artikel dibawah dipetik dari http://www.imotivasi.com/
Moga bermanfaat!!
4 Kesan Ketara Akibat Dari Banyak Berfikiran Negatif
Untuk kita benar-benar berjaya merubah diri kepada fikiran positif, kita kena tahu dulu akibat dari berfikiran negatif.
Bila Anda berfikiran negatif (walaupun sedikit) kita akan ditemukan dengan pelbagai permasalahan secara tidak sengaja dan kebetulan – mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Rugi, rugi, rugi. Banyak rugi.
Kesan kedua, kita akan susah untuk bermotivasi.
Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, Anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong Anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi Anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang.
Kesan ketiga, bila berfikiran negatif, masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul.
Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali ganda lebih besar. Orang berfikiran negatif tak menumpu pada penyelesaian masalah, sebab tu masalahnya makin membesar, makin menambah.
Kesan keempat, fikiran negatif akan membuat Anda memiliki tabiat negatif – tamak, dengki, gelojoh, panas baran, ego, gopoh dan paling ketara, PEMALAS! Sesiapaun tak suka berkawan dengan Anda dan tak siapa mahu menolong anda bila Anda dilanda kesusahan.
Itulah 4 kesan ketara akibat dari berfikiran negatif. Banyak lagi kesan-kesan lain, tapi 4 kesan di atas adalah yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita.
p/s: Artikel ini juga untuk sesiapa yang selalu berfikiran negatif dalam hidup…
Assalamualaikum.en. penulis….saya nk cerita sedikit cmne saya blh msuk k blog saudara.semalam saya terlalu banyak berfikir sehingga saya rasa letih sampaikan saya nak tidur saya rasa seolah-olah saya buat sesuatu kerja yg banyak dan berat….saya berfikir tentang masalah yg melanda dalam diri saya.saya rasa saya terlalu banyak masalah sehinggakan saya tak tertanggung oleh diri saya akal fikiran saya sehingga saya xdapat berfikiran secara rasional….saya rasalah…..pada suatu detik itu saya terfikir mungkin saya terlalu berfikiran negatif.
dulu saya bukan seperti ini……sekarang saya banyak ke arah yg negatif….banyak la perkara yg saya lalui sehingga saya rasa orang di sekeliling saya tidak sayangkan saya lg….apa yg saya buat semua xkena dan org xsuka….saya xthu cmne nk menangani masalah saya sekarang ni….pe yg saudara postkn perkara di atas sememangnya itu yang yg saya hadapi……saya harap saudara dapat kongsikan bagaimana saya hendak jadi orang yang berfikiran positif.
Waalaikumussalam wbt.
Berfikir positif perlu dijadikan suatu budaya hidup.
Cuba peruntukkan dalam hidup, masa untuk fikir positif. Mungkin setengah jam setiap hari.
Ambil kertas dan pen, dan buat satu garisan tengah supaya ada 2 bahagian.
Di bahagian kiri, tuliskan semua fikiran negatif yang berada di benak fikiran saudari.
Di bahagian kanan pula, tuliskan lawan pada fikiran negatif itu.
Sebagai contoh:
Bahagian kiri: Semua orang benci saya
Bahagian kanan: Semua orang sayang saya
Setelah selesai tulis semuanya. Garis semua fikiran negatif yang ada. Seolah-olah kita cancelkan semua itu dalam diri kita.
Fokus pada yang positif. Jadikan ia sebagai satu matlamat baru untuk capai.
Fikir bagaimana nak capai dan selesaikan permasalahan yang dihadapi.
Moga Allah permudahkan urusan saudari untuk sentiasa berfikiran positif.
Wallahu a’alam.
saya juga sangat cepat marah…kadang2 saya marah hingga bergetar seluruh badan..saya juga mengalami kesukaran untuk tidur..adakah tips yg boleh membuatkan saya agar lebih selesa…saya juga kdg2 banyak fikiran negetif dan sering membuatkan saya sangat2 marah..
Suzan kalau ssh nk tidor tu maybe masalah terlampau banyak sangat berfikir atau maybe ada sesuatu yg meganggu diri anda seperti jin?Cara terbaik dekatkan diri pada Allah Insyallah akan baik…