Mari Kita Maafkan Semua Orang!!

Standard

Dalam melayari kehidupan ini dari hari ke hari, sudah tentu kita akan bertemu dengan pelbagai jenis orang. Bila dah bertemu dengan pelbagai orang ini, maka pelbagailah ragam yang akan kita temui. Bak kata pepatah Melayu, banyak udang maka banyaklah garamnya…betul ke ni? Sebab penulis sendiri dah lama tak masak udang…ke tak pernah?

Di dunia ini, wujud pelbagai peribadi manusia, ada yang baik hatinya, ada yang cepat marah, ada yang serius sepanjang masa, ada yang pendiam dan pelbagai lagi peribadi yang tidak dapat penulis senaraikan di sini…nak tahu semua..buatlah kajian..hehe…

Namun begitu, sudah tentu ada hikmahnya Allah tentukan demikian kan? Ye lah, cuba kita bayangkan kita semua ni sama je peribadinya..mesti bosan kan? Baiklah, mari kita bayangkan, setiap dari kita adalah pendiam. Maka senyap-sunyilah dunia ini…nak hidup dalam dunia macam tu? Saya tak nak dan mari katakan TAK NAK  pada dunia tersebut…

Maka dalam menghadapi pelbagai jenis orang ini, tidak dapat tidak kita mungkin akan tersakit hati dengan kawan kita…Saya yakin dan percaya, anda mesti pernah mengalami situasi2 seperti di bawah ini:-

  • Ada orang sakitkan hati anda
  • Ada orang mentertawakan anda
  • Ada orang memperli anda
  • Ada orang merendah-rendahkan kebolehan anda
  • Ada orang memandang sebelah mata pada kata-kata anda
  • Dan pelbagai lagi peristiwa-peristiwa yang boleh membuat anda marah pada orang lain…Fikir2 la sendiri ye…

Jadi nak buat apa? Maafkanlah mereka semua…jangan wujud rasa dendam dalam hati…kerana kalau anda simpan rasa marah tersebut…lama-lama ia akan merosakkan anda..

Memetik sebuah kata-kata seorang penulis Inggeris:-

Not forgiving is like drinking rat poison and expecting  the rats to die…..

Maksudnya dalam Bahasa Melayu:-

Tidak memaafkan umpama kita meminum racun tikus dan mengharap supaya tikus itu yang mati…Macam mana tikus tu nak mati, kita yang minum racun tikus tu…Faham tak? Ke ayat berbelit-belit… Kalau tak faham, buat-buatlah faham ye…

Sekiranya kita tidak memaafkan seseorang, kita akan rasa sesuatu yang tidak sedap di hati kita..pernah rasa kan? Bila kita jumpa kawan yang buat kita sakit hati dulu, terus rasa tak best dan tak sedap hati.

Oleh itu, mari kita maafkan semua orang!! Bukankah Allah itu Maha Pengampun? Maka, mari kita menjadi hamba yang memaafkan kesalahan setiap orang yang bersalah dengan kita, sama ada sengaja ataupun tidak. Bukan hanya memaafkan di bulan Syawal sahaja..

Selamat memaafkan orang lain…

p/s: Minta maaf sebab lama tak update…maafkan tak? Tak lupa juga Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini…

3 thoughts on “Mari Kita Maafkan Semua Orang!!

  1. Hanif Mohamad Salleh

    Allahlah yang memberi kelegaan tersebut kepada anda, melalui perantaraan artikel yang anda baca ini…maka bersyukurlah kepadanya sentiasa..ur welcome, friends:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s