The Secret????

Standard

Salam…penulis baharu sahaja menonton video yang banyak memberi inspirasi selepas menontonnya..Banyak pengajaran yang boleh diambil di dalamnya…Nak tahu apa dia? Silalah menontonnya…hehe…Selamat menonton…Moga anda lebih bersemangat dalam membina diri anda dan orang di sekitar anda…

p/s: Sayangnya video ini cuma 20 minit sahaja, nak tengok yg full version kena beli la…Selepas menonton, bolehlah sama-sama berkongsi apa yang anda dapat dari video ini di ruang komen…Terima kasih, kepada yang sudi berkongsi!!

4 thoughts on “The Secret????

  1. saya

    menarik!.. tapi terfikir juga… sampai sebegitu hebat kah kesannya?.. dimana pula qada dan qadar itu terletak?..

  2. Hanif Mohamad Salleh

    Hehe…sebenarnya The Secret ini mengajar kita bahawa pentingnya kita memiliki visi hidup( tentang apa yang kita nak capai dalam hidup dan sentisa pancarkan pada minda, seolah-olah kita dah dapat)…Mengapa? Supaya kita rasa diri kita semakin dekat dengan matlamat tersebut dan sentiasa berusaha untuk mencapat matlamat tersebut..Ini membolehkan kita sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk mencapai goal yang kita inginkan….

    Berkenaan tentang kesan itu, ia lebih kepada nak tukar cara fikir kita…contoh, kita nak naik teksi, kalau biasanya teksi banyak je ada kalau kita tak naik, tapi bila time kita betul2 nak naik teksi,punya susah nak naik teksi…Jadi kita ubah cara fikir macam tu, kepada Insyaallah, tak lama lagi dapatlah naik teksi ini…Jadi anda menunggu teksi dalam keadaan rilek aje…takdelah dalam fikiran kita, mana teksi ini???HEEE dah sejama tunggu ini..(padahal baru je 5 minit tunggu)…

    Dan cara fikir kita ini akan membantu kita dalam banyak perkara, lihat je contoh2 di dalam video tersebut…Senang cerita kita perlu OPTIMIS SENTIASA!!! Jangan pesimis….Harap menjawab kepada persoalan saya….Hrp guna nama sebenar la, baru semangat sikit nak jawab…hehe…

  3. saya.lagi

    oo. ok2. boleh paham sikit2.. tapi x brape paham 1 contoh dalam cite ni.. contoh ttg seseorang lelaki gay.. yang 1. kene buli kat jalan. 2. kene ketawa kat tempat kerje. dan 3. x menyerlah masa jadi tukang lawak tu… hmm.. dan dia jalani terapi dengan doktor.. pastu tap2… semua masalah tadi settle? macam mane aar? tukar cara pemikiran je.. x buat pape pun.. takde langkah2 dan lain2.. hmm.

    boleh tolong jawabkan… huhuhu…

  4. Hanif Mohamad Salleh

    Kepada saya.lagi:

    Rasanya kena tengok balik ni video di atas….kata2 pakar yang merawat orang tersebut pun rasanya dah boleh faham kot…tapi takpe…tolong la sikit..

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri…- Surah Ar-Ra’d:11

    Jadi melalui ayat dia atas, jelaslah bahawa perubahan yang berlaku ke atas diri sesorang manusia itu, nak tak nak memerlukan sebuah usaha dari manusia itu sendiri..

    Macam dalam kes di atas, perubahan tu takdelah berlaku secara tiba-tiba. Dunia ini bukan semudah hidup di dunia Doraemon dan Harry Potter, dengan menggunakan alat-alat/magis yang mampu mengubah hidup kita secara sekelip mata..dan bukan juga seperti dalam video tersebut..tiba-tiba terus bertukar jd perkara yang baik…nak tak nak ia memerlukan usaha-usaha yang berterusan untuk mengubah perkara tersebut dari pihak kita..Sebagai contoh, kita tak akan jadi terus pandai dalam ADD-MATH kalau kita tak usaha, kepandaian tu hanya akan meningkat sedikit demi sedikit melalui sejauh mana usaha yang diperuntukkan dan Insyaallah akhirnya kita akan jadi pro dlm ADD-MATH…setiap rawatan memerlukan masa…

    Macam dalam kes tersebut, perubahan itu berlaku setelah 68 minggu dia menjalani terapi dengan doktor, apa yang dia buat selama itu??? Dia telah berjaya mengubah fikiran dia yang selalu memikirkan tentang perkara yang dia tak mahu berlaku(kena buli ngan kawan2,org asyik ejek dia) kepada apa yang dia mahukan dalam hidup ini..Memetik kata doktor yang merawat dia,

    He was focusing in what he don’t want to…, when you focusing something with passion, it makes it happen even faster..

    Contoh, kita selalu berfikir bahawa kita ini orang yang selalu gagal dalam hidup, buatlah apa pun mesti gagal punya…, bila kita selalu mengulang-ulang cara fikir macam ni, maka ia akan memberi kesan dalam hidup kita seterusnya…kita akan terus gagal sampai kita ubah fikiran tersebut kepada perkara yang positif..namun usaha memainkan peranan penting la…

    Mungkin benarlah kata-kata, Dato Fadzilah Kamsah, apa yang kita fikirkan adalah doa…jika kita selalu fikir kita ni hodoh, maka mungkin ALLAH pun memperkenankan ia..dan kita pun selalu rasa rendah diri bila berhadapan dengan orang lain..walaupun hakikatnya kita MEMANG HENSEM tapi sebab kita fikir macam tu, muka kita pun tak nampak kehensemannya…kita lebih cenderung utk bermuka masam dll.

    Akhir kata, saya mencadangkan kepada saya.lagi untuk membaca tulisan ini,
    https://binadiri.wordpress.com/2009/09/13/4-kesan-ketara-akibat-dari-banyak-berfikiran-negatif/ dan https://binadiri.wordpress.com/2008/04/30/bagaimana-membina-keyakinan-diri-untuk-mencapai-apa-yang-dihajati/

    Harap membantu…So change your thoughts..kalau masih tak faham jugak tengoklah video di atas sebanyak 20 kali..Insyaallah, pemahaman tu akan bertambah kalau kita usaha dan peruntukkan masa…Wallahu a’lam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s