Sejauh Mana Kecintaan Kita PadaNYA??

Standard

Bismillahirahmanirrahim…(ikhlaskan niat)

Sedikit muhasabah untuk kita semua….

Beberapa petanda yang menentukan sejauh mana cinta kita kepada Allah Yang Maha Esa..

Lagi banyak ciri-ciri di bawah yang anda miliki, maka lebih cinta anda pada Allah yang Esa..

  1. Kita selesa dalam mentaati  Allah dan terus istiqamah dalam mentaatiNya.
  2. Sebaik sahaja azan bergema, kita terus sahaja menyahut seruan untuk menunaikan solat di masjid tanpa berlengah-lengah.
  3. Kita khusyuk dalam ibadah dan munajat pada-Nya.
  4. Setiap apa yang kita buat selari dengan kehendak Allah S.W.T.
  5. Kita sentiasa mengharapkan redha Allah dalam setiap perlakuan kita.
  6. Kita memadamkan dari hati kita selain Allah.
  7. Kita membanyakkan zikir dan membasahi lidah kita dengan memujiNya.
  8. Menjadikan hawa kita ikut apa yang Rasul bawa.
  9. Melaksanakan syariat pada diri kita dan di rumah kita(keluarga).

10.  Jauhkan diri dari maksiat dan tidak memberi peluang langsung untuk Allah melihat kita membuat maksiat.

11.  Rasa tak sabar-sabar nak bertemu dengan Allah dan sentiasa membanyakkan ketaatan.

12.  Suka membaca Al-Quran dan tadabbur(menghayati).

13.  Menjadi orang yang lemah-lembut kepada setiap orang mukmin.

14.  Mengorbankan harta, jiwa dan masa di Jalan Allah S.W.T.

Wallahu’ alam…moga kita sama-sama berusaha dalam mendekatinya…

Ana akhiri post ini dengan Sabda Nabi s.a.w:-

“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku.Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”

( Hadis Qudsi riwayat Syaikhan dan TArmizi dan Abu Hurairah ra )

p/s:Ya Allah, kurangnya rasa cintaku terhadapMu!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s