Point2 dalam Peranan Mahasiswa di Tanah Air: Antara Realiti dan Cabaran.

Standard

Bismillahirrahmanirrahim…(ikhlaskan niat)

Alhamdulillah…syukur dipanjatkan kerana Allah memberi peluang untuk diri ini mengikuti program Peranan Mahasiswa di Tanah Air: Antara Realiti dan Cabaran..Pengamatan selama 10 tahun..oleh Ustaz Muhamad Fauzi Asmuni selaku Naib Presiden 2 ISMA.

dsc0021bk

Di bawah merupakan point-point yang dapat dicatat semasa penyampaian tersebut:-

  • Tidak mudah untuk mengubah masyarakat di Malaysia. Kalau sekadar nak ubah seorang atau dua jadi baik maka ia lebih mudah. Matlamat kita nak ubah masyarakat, maka ia merupakan tugas yang besar, susah dan payah. Nak tak nak memerlukan persiapan yang rapi dan besar.
  • Kita tiada masa untuk membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dalam pembinaan peribadi kita.
  • Masyarakat di Malaysia paling percaya sekali kepada golongan ustaz (merupakan rujukan utama mengenai Islam)..Kedua, doktor. Oleh kerana di Mesir ini akan melahirkan ramai bakal ustaz dan doktor, maka kita perlu melahirkan golongan ustaz dan doktor yang berkualiti dan menjadi contoh bagi umat Islam di Malaysia.
  • Berkenaan dengan isu amar makruf dan nahi munkar di sesuatu tempat. Mengikut pendapat Dr. Hamam Said, kaedah yang dicadangkan ialah:-

1-Kalau tempat tersebut dominan munkar, maka lakukan banyak amar makruf. Contohnya di bumi Malaysia-banyak berlaku kemunkaran(zina, buang anak,curi dll)

Maka perlu diperbanyakkan program amar makruf seperti ajak solat, kempen tutup aurat, taati Allah dll.

2-Jika tempat tersebut dominan dengan amar makruf, maka lakukan banyak nahi munkar. Sebagai contoh di zaman Umar, baru ada HISBAH(beberapa orang yang ditaklifkan untuk melakukan nahi munkar dalam masyarakat) disebabkan amar makruf dominan dengan banyaknya kuliah agama, masyarakat yang baik dan menaati suruhan Allah dll.

Maka check dulu tempat kita macam mana, baru kita pilih sama ada nak kena utamakan yang mana antara amar makru dan nahi munkar.

  • Perlu membuat persiapan sungguh-sungguh. Kalau sekadar nak lead tahlil dan talqin sahaja mudah.(pesanan khusus buat para ustaz..huhu)tapi kita nek buat benda yang lebih besar iaitu nak mengajak umat Islam di Malaysia mengamalkan Islam dengan sebenar-benarnya bukan hanya tertumpu pada skop ibadah sahaja.
  • Setiap dari kita mesti memiliki cita-cita dan matlamat yang besar bagi memandu kita supaya sentiasa bersungguh-sungguh dalam membuat persiapan.
  • Keadaan masyarakat di Malaysia??? Kita jangan sangka semua orang macam kita, pakai kopiah, baik dan bagus dll.Kemunkaran di Negara kita boleh tahan jugak…boleh baca dalam Harian Metro dan sebagainya.
  • Dakwah di Malaysia memerlukan hikmah dan menggunakan manhaj. Bukan Nampak orang buat salah/munkar, terus tegur kemudian terus tinggal. Kemudian kata kat diri sendiri, aku dah tegur, ikut dia la nak jadi baik/tak. Kalau setiap pendakwah bersikap macam ini, maka masyarakat tak akan berjaya untuk diubah.
  • Memerlukan qudwah amali yang ditunjukkan oleh pendakwah.Sebagaimana ketika ditanya pada Saidatina Aisyah r.a., bagaimanakah akhlak Nabi? Maka jawapannya ialah Al-Quran..Oleh itu, para pendakwah perlu menjadi figure-figur dalam masyarakat supaya mereka boleh mencontohinya. Kata-kata melalui perbuatan lebih berkesan daripada kata-kata percakapan. Lihat sahaja bagaimana Nabi dapat mengislamkan musuh dengan akhlak Baginda s.a.w. Jadi jaga akhlak kita!!
  • Qudwah satu benda yang halus, dibaca oleh hati dan bukannya mata dan pancaindera yang lain.
  • Kata-kata salafussoleh, apa yang keluar dari lidah, ia tidak akan menebas telinga dan apa yang keluar dari hati, maka ia akan menembus hati.
  • Kita perlu berusaha dalam melengkapkan diri dengan akhlak yang mulia. Latih dari goreng2 jawab..kerana kalau orang yang bertanya soalan tahu jawapannya, maka ini akan menjatuhkan kredibiliti kita dalam masyarakat.
  • Kita perlu ada tasawwur (gambaran) yang jelas tentang apa yang berlaku di tanah air. Supaya bila balik Malaysia nanti takdelah tergapai-gapai dengan kurangnya pengetahuan kita tentang isu-isu semasa di tanah air.Hal ini akan menyusahkan kita untuk menjadi pendakwah yang berkesan pada masa akan datang.
  • Kena ada kesabaran yang tinggi dalam nak ubah masyarakat. Tak boleh cepat putus asa, cepat naik angin dan lain-lain.
  • Akhir kata, buat persediaan sekarang!!Takut menyesal kat Malaysia nanti.

Wallahu a’alam…Moga bermanfaat buat semua…

p/s: Laporan berkenaan program ini boleh dibaca di http://ismamesir.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=195:ramah-mesra-bersama-naib-presiden-ii-isma&catid=50:indoor&Itemid=109

Kalau ada benda yang tak jelas pasal point-point di atas bolehlah terus bertanya melalui ruang komen atau emailkan ke hans_7a@yahoo.com.

3 thoughts on “Point2 dalam Peranan Mahasiswa di Tanah Air: Antara Realiti dan Cabaran.

  1. salam syeikh mansuri,
    syukran atas pendetailan point2 enta tuh
    bguna utk ana yg tak sempat nk ikuti prog scr total

    anyway mintak izin copy posting ini ya
    syukran akhi

  2. Hanif Mohamad Salleh

    tafadhol ya sheikh tanta…tak perlu minta izin pun…silakan..no problem..sekadar berkongsi:)

  3. Bfmkcsjo

    come stems from much more than just his shooting prowess, and the MVP has struggled on nearly every front.
    With the veterans, sprinkle in the young guys and a great manager like Joe Girardi and the Yankees have a fighters chance to make the playoffs.
    The Colorado Rockies Roster: Starting Pitchers – One Month From Spring Training – January 30, 2018West Ham United: Sakho Out, Crystal Palace In – January 29, 2018.

    However, Russia’s Kontential Hockey League allowed for their players to participate.
    The 2-4 Notre Dame Fighting Irish take on 3-2 Stanford Saturday night in a game that many felt would have playoff implications when the schedule first came out.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s