Berani Membebaskan Diri Dari Kawalan Orang Lain

Standard

Salam…baru terbaca artikel yang menarik daripada sebuah buku yang dikirimkan oleh keluargaku yang tersayang di Malaysia..dari Buku Let’s Be Brave susunan Ahmad Safuan Al-Karami. Moga kita lebih bijak dalam memilih dan membuat keputusan!! Selamat membaca!!



Menjadi orang yang berada di bawah kawalan orang lain tidak jauh bezanya dengan hamba. Seorang hamba adalah manusia biasa, tetapi kehilangan kemerdekaan untuk bertindak. Meskipun memiliki keinginan dan kemahuan berubah misalnya seseorang tidak boleh melakukannya. Ia memiliki kebergantungan kepada orang lain dalam memilih dan bersikap.

Ketika kita berada dalam kawalan orang lain, kita kehilangan hak pilih dan menentukan kehidupan. Kita boleh jadi harapan berubah ke satu arah, tetapi kita terikat dengan orang lain. Kita memiliki suara hati, tetapi kita mendengar dan mengikuti suara orang lain.

Kelompok orang yang banyak mengawal kehidupan kita biasanya adalah orang-orang yang memiliki hubungan dekat dengan kita. Dan sebahagian meraka adalah orang yang memiliki sesuatu yang lebih dari kita dalam hal tertentu. Misalnya orang tua, abang, pimpinan di pejabat, senior di kampus atau kawan rapat. Kawalan terhadap kehidupan kita ini berlaku ketika kita dan mereka sama-sama tidak menyedarinya.

Mereka biasanya berniat menolong ketika secara tidak sedar merebut tali kawalan hidup kita. Mereka, kerana merasa berbuat baik, memilihkan sesuatu yang baik untuk kita. Misalnya tentang jurusan yang baik di bangku kuliah, tentang senaman yang baik, tentang lokasi tempat tinggal yang baik, tentang organisasi yang baik dan seumpamanya.

Semua ini tidak menjadi persoalan kalau ‘bantuan’ itu sesuai dan menepati untuk kita. Kesukaran muncul saat kita mempunyai kecenderungan, selera, keinginan atau pilihan yang tidak sama dengan mereka. Dan tragiknya, ramai orang kemudian menerima bantuan itu dan menyerahkan kawalan kehidupannya kepada orang lain kerana tidak cukup layak untuk menolak niat baik orang lain.

Bagaimana akhir dari sikap mengikuti pilihan orang lain yang tidak sepenuhnya sesuai ini dapat kita lihat dari dua kemungkinan. Iaitu kemungkinan berhasil atau gagal.

Mari kita lihat apa yang berlaku!

Dengan kesungguhan, barangkali kita mendapat hasil maksima dari pilihan yang dibuatkan orang lain. Secara teknikal, keberhasilan itu bukan mustahil boleh dicapai.

Tetapi, apakah kita akan benar-benar menikmatinya?

Walaupun secara zahir, berhasil dalam pilihan yang dibuat orang lain, hati kita tidak boleh sepenuhnya gembira dengan pencapaian itu. Kita tidak boleh menikmatinya. Kepuasan batin hanya boleh dirasakan kalau kita mampu mewujudkan pilihan yang menguasai dan mewarnai hati kita.

Suatu hari, beberapa mahasiswa jurusan sastera Arab sebuah university terkenal di Kaherah, Mesir, merasa canggung kerana tiba-tiba di tengah mereka hadir seorang pakar perubatan yang menulis banyak buku dan terkenal di dalam bidangnya di seluruh Negara. Mereka hairan dengan kehadiran seorang yang menggondol gelaran professor dan berbagai penghargaan itu duduk bersama mereka dalam program sastera satu.

Seorang dari mereka memberanikan diri  bertanya tentang maksud kehadiran orang ini.

Dia menjawab, “Dulu, ketika saya masih di sekolah menengah, saya paling menyukai sastera. Saya ingin kuliah di fakulti sastera di kampus ini. Tetapi orang tua saya mengesyorkan supaya memilih jurusan perubatan. Saranan itu saya ikuti dan saya boleh dianggap berhasil di bidang ini.”

Ia berhenti seketika sebelum meneruskan ceritanya, “Tetapi, dalam hati, saya belum puas dan tidak sepenuhnyamenikmati semua itu. Hati saya masih kosong dan saya mesti mengisinya. Kerana itu saya datang ke ruangan ini untuk belajar sastera.”

Bagaimana jika pilihan itu gagal dan berakibat buruk?

Jika ternyata pilihan itu kemudia terbukti gagal, kita akan terjebak dalam sikap menyalahkan. Menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain.


3 thoughts on “Berani Membebaskan Diri Dari Kawalan Orang Lain

  1. Subhanallah, input bagus!

    Betul juga. Berlarilah dengan kaki sendiri. Pergilah ke hujung dunia dan khabarkanlah ttg dakwah ini. Moga Allah sentiasa bersama enta dalam apa jua urusan.

    Good Luck, akhi. Ana belum sempat nak jejak Mansurah. Any, enta dalm doa ana, i’Allah. Till then, wassalam. God loves you ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s