Berani Mengubah Kemiskinan

Standard

Bekerjasamalah dengan orang yang telah beroleh rezeki. Kerana ia lebih dekat untuk beroleh kekayaan dan lebih patut beroleh kebahagiaan.


Ramai tokoh ternama yang berasal dari keluarga miskin. Jack Collis, Michael Le Bouef dan orang-orang besar yang lain adalah berasal dari keluarga miskin. Kerana semenjak kecil, mereka berteman dengan penderitaan, maka tekadnya untuk menjadi orang besar ditanamkan dalam hati. Mereka selalu menerima keadaan seperti itu. Kemudian ia tumbuhkan semangat yang kuat untuk mencapai suatu  kejayaan. Lalu dipupuk dengan sikap percaya kepada diri sendiri. Akhirnya ia Berjaya menjadi orang yang berjaya.

Seandainya ia merasa puas dengan keadaannya tentu fikiran-fikiran mengenai kejayaan tidak ada. Kerana rasa tidak puas dapat menimbulkan suatu fikiran yang negatif seperti berangan-angan kosong dengan ucapan, “seandainya aku seperti itu”, “seandainya aku kaya seperti itu”. Kata-kata itulah yang dapat melemahkan sikap percaya kepada diri sendiri dan melenyapkan keyakinan.

Orang-orang yang ternama seperti yang tersebut tidak pernah mempunyai angan-angan kosong, kerana mereka tahu angan-angan kosong hanya menghabiskan waktu sahaja. Sedangkan hasilnya tidak ada sama sekali. Untuk itulah mereka membuang fikiran negative yang dapat menghambat jalan menuju kejayaan.

Kita tidak perlu berkecil hati jika kita dilahirkana dalam keadaan yang kurang sempurna. Bahkan kita perlu memacu diri supaya dapat mencapai kejayaan. Jika sudah tahu kenyataan yang kita alami sekarang pahit tetapi tidak mahu berusaha menuju kejayaan, nescaya kehidupan akan dipenuhi dengan kegagalan. Kita tidak perlu menyalahkan keadaan, tidak usah mengucapkan ‘seandainya’. Tetapi kita mesti berusaha membuang fikiran-fikiran negatif tersebut sejauh mungkin, kemudin bangkit dari kegagalan dengan disertai sikap percaya kepada diri sendiri secara penuh. Kita mesti yakin bahawa Allah akan menunjukkan jalan asalkan kita mahu berusaha. Lenyapkan fikiran-fikiran kosong dari jiwa kita lalu berprinsip, “Aku mesti Berjaya!”. Akuilah keadaan kita dengan tulus. Kerana dari pengakuan secara jujur akan timbul fikiran-fikiran positif seperti ingin melebihi kehidupan sekarang ini. Jika sudah timbul fikiran seperti itu maka keinginan untuk Berjaya akan semakin menggebu-gebu. Tetapi kalau tidak mahu mengakui keadaan sebenarnya dengan jujur, bererti sudah tidak ada lagi kepercayaan dalam diri. Kalau sudah demikian jangan mengharap kejayaan.

Jack Collis pernah menyatakan pada suatu seminar di Australia:

“Kejayaan seseorang berawal dari sikap percaya kepada diri sendiri dan mahu mengaku keadaan dirinya sejujur.”

Agaknya ucapan Konsultan sekaligus pemidato Australia ini memang benar. Bayangkan seandainya kita tidak mahu mengakui keadaan diri secara jujur, tentu tidak timbul gagasan-gagasan cemerlang yang dapat merubah kehidupan sekarang. Nah, dari gagasan-gagasan itulah akhirnya tindakan yang medekati cita-cita itu terwujud.

(dipetik dari buku Berani Let’s Be Brave m/s 100)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s