Berani Mendekati Cita-Cita

Standard

Carilah segala keperluanmu dengan menjaga harga diri kerana sesungguhnya “tangan Allahlah yang akan menghulurkannya kepadamu.

Kejar cita-citamu...terus berlari dan jangan ragu-ragu...

Ramai orang yang gagal dalam usaha pertama mereka untuk mendekati cita-citanya. Namun mereka tidak mahu bangkit semula untuk melanjutkan usahanya. Mereka terjebak dalam keputus asaan yang berpanjangan sehingga mempengaruhi setiap gerakannya. Orang itu sudah hilang kepercayaan terhadap dirinya. Mereka selalu menyalahkan dirinya dan membesar-besarkan kelemahannya. Mereka tidak ingat akan pepatah lama, yakni banyak jalan menuju Makkah.

Kenyataan yang sepahit apa pun hendaklah diterima dengan lapang dada.Kemudian mencari jalan keluarnya supaya tidak berterusan. Gunakan waktu sebaik mungkin. Orang-orang yang Berjaya membaiki kelemahannya dengan cepat, kerana mereka mengelakkan waktu yang berharga terbuang begitu sahaja. Di samping mengirit waktu, menyedari kenyataan dan memperbaiki kelemahan secepatnya juga boleh mengembalikan kepercayaan pada dirinya sehingga boleh melakukan usaha untuk mendekati matlamat asal.

Orang-orang Jepun selalu memanfaatkan waktunya secara tepat. Bukan bererti mereka tidak mengalami kegagalan. Namun mereka cepat mengambil inisiatif dan berusaha melakukan pembaikan secepatnya. Mereka tidak berputus asa dan berusahan mengembalikan kepercayaan dirinya secepat mungkin, kemudian melakukan tindakan sesuai dengan rencana. Hal inilah yang membuatnya maju.

(dipetik dari Buku Berani Lets Be Brave halaman 128)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s