Bagaimana kita nanti??

Standard

Bismillahirrahmanirrahim…

Mari bersama kita bayangkan

Keadaan kita nanti sewaktu dihisab

Allah di hadapan sebagai hakim

Malaikat sebagai saksi setiap amalan

Kitab amalan kita dibuka

Tuduhan diberi

Namun lidah terkunci kelu tanpa bicara

Maka siapa yang akan berbicara buat kita??

Anggota-anggota badan kitalah yang berbicara

Mata menceritakan apa yang telah dilihatnya

Telinga menceritakan apa yang telah didengarnya

Kaki menceritakan ke mana dia telah pergi

Tangan menceritakan apa yang telah diperbuatnya

Tak yakin dan percaya???

Mustahillah mata boleh bercakap nanti…

Mata mana ada lidah…betul tak??

Baiklah kita lihat pada hari ini

bagaimana sebuah besi mampu mengeluarkan suara

Kalau zaman dulu orang tak percaya bahawa besi mampu berkata-kata

Namun hari ini, kemajuan teknologi telah membuktikan

TV mampu bersuara menceritakan apa yang ingin disampaikan

Sedangkan manusia mampu mencipta besi yang boleh bersuara

Tuhan apatah lagi..DIAlah yang mencipta manusia, alam ini..

Maka usah ragu

yakinlah bahawa mata

dan setiap anggota kita akan bercerita

apa yang kita lakukan dulu, sekarang dan akan datang

Maka hati-hati dengan penggunaan anggota badanmu

Kerana ia adalah amanah dari Allah

Takut-takut ia akan menjadi pendakwa terhadap diri kita nanti

Oleh itu

Hati-hati wahai saudaraku

Jangan turutkan nafsumu

Tapi turutilah iman dan aqalmu

Moga mereka menjadi pembela buat kita kelak…

Insyaallah….

Lagu berkenaan hari kita dihisab..Cuba hayati liriknya…

p/s:- mari kita tingkatkan iman kita dan menjaga setiap anggota badan kita dari segala yang menyebabkan murkaNYA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s