Demi masa!
Sungguh, manusia berada dalam kerugian..
Kecuali, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling nasihat-menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran..
(Al-Asr:1-3)
Kita cuma ada 24 jam dalam kehidupan seharian. Tiada manusia yang dapat tambah atau kurangkan masa tersebut. Maka, hargai masa anda kerana ia tidak akan kembali.
Kita ada banyak kewajipan berbanding masa yang ada.
Kita ada banyak hak yang perlu ditunaikan.
Hak terhadap Allah, Rasulullah s.a.w., para sahabat, tabi’in, ibu bapa, kawan-kawan, guru-guru, adik-beradik, teman sekuliah, saudara-mara dan umat Islam keseluruhannya.
Kita hanya ada lebih kurang minima 4 tahun/6 tahun je kat mesir ni….
Takut-takut masa yang ada habis dengan perkara yang kurang faedah.
Jadi susan masa anda!
Peringatan buat diri ini terutamanya….
Ya Allah, bantulah kami dalam memanfaatkan setiap masa yg Kau berikan kepada kami…Ameen Ya Rab!