Kheir,Insha Allah..

Standard

Salam….

Apa khabar semua? Moga sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu di dalam redhaNya…Insya Allah…

Alhamdulillah atas kurnianya, kali ini merupakan kiriman ke-100, satu perkara yang tak pernah penulis rasakan ia akan mampu menjadi kenyataan….namun sebaliknya ia telah berlaku…kerana sering kali, penulis merasakan perasaan lemah, malas dan sebagainya yang mempengaruhi diri ini…lihat sahaja pada kadar ke’ update’ an blog ini…huhu…ada juga kadang-kala rasa nak tutup je blog ini sebab melihatkan betapa jauhnya manfaat blog ini berbanding dengan blog yang lebih hebat di luar sana….yelah…sikit2 update pasal nasyid,video dan lain-lain…tulisan lagilah jarang….tapi takpela apa-apa pun Alhamdulillah…moga kita semua mendapat manfaat yang sebanyak-banyaknya daripada blog ini…

Jadi terus kepada post hari ini…..

Alhamdulillah, baru sebentar tadi penulis menonton video klip terbaru Maher Zain-Insha Allah…entah mengapa ia seperti memberi satu inspirasi baru dalam hidup penulis…apa dia?

Dalam hidup kita, kita tak akan terlepas dari kesilapan. Ada orang buat kesalahan yang besar, ada yang buat kesalahan yang kecil. Yang mana kedua-dua perkara tersebut kadang-kala memberi impak yang besar dalam kehidupan kita seharian. Yalah dah nama kita adalah manusia bukannya malaikat. Sedangkan nabi juga ada membuat kesilapan, inikan kita!

Namun sedarilah bahawa, kita sentiasa ada Allah bersama kita. Memang kita akui, bahawa kesalahan tersebut kadang-kadang membuatkan kita rasa putus asa, kita rasa lemah dan rasa tak mampu untuk kembali kepada jalan yang sebenar. Maka hadangi perasaan tersebut, kerana itu adalah bisikan syaitan yang ingin melarikan kita dari Allah S.W.T…

Sedarilah bahawa Allah itu Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya…biar apa pun yang telah anda lakukan, dosa sebesar-besar manapun yang anda telah lakukan…ketahuilah bahawa pintu bertaubat sentiasa terbuka selagi hayat dikandung badan…Inilah peluang anda..jangan kita tangguh-tangguhkan kerana kematian sentiasa mengejar kita….Akhir kata, selamat menghayati video klip Maher Zain-Insha Allah…

One thought on “Kheir,Insha Allah..

  1. Allah sebut mengenai taubat banyak kali. Itu menunjukkan yang manusia ni memang kena banyak kali diingatkan utk bertaubat…

    Allah taqdirkan kita tersilap dan terbuat dosa (dengan keadilan-Nya) lantas Allah merahmati kita dengan menggerakkan hati kita untuk kembali pada-Nya (dengan rahmat dan kasih-sayang-Nya) …

    Taubatlah berkali-kali … moga suatu hari nanti .. taubat kita akan berjaya berbuah dan mengeluarkan halawahnya .. Insya-Allah …
    Insya-Allah ..
    Insya-Allah.

    Salam hubb dari Tanta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s