Selamat Hari Guru!

Standard

Salam…hari ini 16 Mei, yang mana sinonim dengan Hari Guru yang kebiasaannya disambut setiap tahun. Biasanya disambut di peringkat sekolah. Peringkat Universiti tak tahulah pulak..sebab mungkin dah bertukar dari guru kepada pensyarah….

Terkenang ketika zaman persekolahan dahulu, kebiasaannya akan dibuat sebuah majlis khusus untuk meraikan pengorbanan para guru..Kalau jatuhnya 16 Mei pada waktu cuti/hujung minggu maka Sambutan Hari Guru ini akan diawalkan atau dilewatkan beberapa hari…maklumlah semata-mata nak bagi semua murid terlibat…hehe

Dan setiap kali 16 Mei, maka sibuklah kami cari lagu nasyid berkenaan guru untuk dipersembahkan pada hari tersebut..Lagu di bawah ini dinyanyikan semasa Form 3 rasanya…Wallahu a’lam..Selamat menghayati lirik di bawah..daripada Kumpulan Saujana….

Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru

Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan

Sayup dihatimu
Walau pedih jiwamu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan

Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru

Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang

p/s: Sayangnya rakaman masa persembahan ni takde…maklumlah masa tu belum ada lagi kamera digital dan cam recoder yang boleh record macam sekarang ni….Apa-apa hal pun sekalung perhargaan kepada semua guru yang mendidik diri ini secara langsung ataupun tidak langsung..
Dari Tadika Furqan ke Sekolah Al-Amin Bangi, seterusnya ke Sekolah Hidayah Ipoh dan kini di Universiti Al-Azhar. Alhamdulillah!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s