Orang Bijak?

Standard

Bismillahirrahmanirrahim…

Moga Allah redha….

Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa check diri dia dan bersedia untuk akhirat. Dengan erti kata lain, dia sering bermuhasabah. Muhasabah bagaimana amal dia pada hari ini, bagaimana kerja yang dilakukan, apa maksiat yang telah diperbuat dan apa perkembangan imaniah nya pada hari ini…sama ada bertambah atau berkurang.

Iman itu bertambah dengan amal dan berkurang dengan maksiat. Sebagaimana kita sedia maklum, dengan satu maksiat kita lakukan, maka akan timbullah satu titik hitam di hati kita. Lagi banyak maksiat yang kita lakukan, maka semakin hitamlah hati kita dan makin sukar untuk kita membersihkannya. Samalah perumpamaan ini dengan membersihkan bontot kuali yang telah hitam setelah dibakar lama, dengan kuali yang baru digunakan…Mana lebih sukar untuk dikilatkan? Anda sendiri tahu jawapannya…

Namun tak semestinya, ia langsung tidak boleh dibersihkan, nak tak nak ia perlu kepada satu mujahadah dan usaha yang lebih tinggi dalam nak membersihkan hati yang telah hitam dengan dosa. Memang biasanya, kalau kita dah terjebak dengan sesuatu maksiat, maka kita akan sukar untuk meninggalkannya…Bahkan lagi, bila kita tinggalkan ia kejap, ia seperti memanggil-manggil kita kembali untuk melakukannya kembali…Itulah ia penangan syaitan dan hawa nafsu…

Namun, ketahuilah bahawa, kalau kita Berjaya melawan desakan nafsu dan bisikan tersebut, nescaya akan bertambah keimanan anda dan kerapatan anda dengan Allah. Bukankah dalam Hadis Qudsi ada mengatakan, jika hambaku mendekati Aku dengan selangkah, maka Aku akan mendekatinya dengan seribu langkah…

Jadi jangan ragu dan berputus-asa dengan rahmat Allah. Pintu taubat sering terbuka bagi hamba-hambanya yang ingin kembali kepada Penciptanya..Cepat-cepat berlari…jangan tangguh-tangguh,,,takut-takut ada Malaikat Maut sedang mengintai kita…

Akhir kata, saya tutup dengan sebuah Firman Allah yang bermaksud:

” Katakanlah: wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya( kecuali syirik).Sungguh Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

(Az-Zumar:53)

One thought on “Orang Bijak?

  1. Jazakallah,akhi.
    coretan yang ringkas tetapi basah dgn peringatan.
    nafsu (ammarah) dan syaitan sentiasa membujuk manusia untuk bermaksiat kepada Allah, datang dari segenap sudut menjadikan kita sering kurang untuk bersyukur padahal nikmat yg diberiNya tidak terhingga, sering leka dgn dunia sehingga mengabaikan tanggugjawab khalifah di dunia.
    hanya mereka yang benar2 bermujahadah, ingin mengubah keadaan mereka, yang diberi kekuatan dan hidayah olehNya..
    Saban hari,berapa ramai manusia yg tunduk dgn godaan syahwat, yg tenggelam dgn pujukan pangkat dan harta, kemewahan, yg tewas dgn penyakit2 hati spt riya’, dengki,ujub, dll..
    – boleh jadi kita yang seterusnya?…. wal ‘iyaz billah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s