Korban Teknologi

Standard

Kita miliki banyak tetapi kehilangan banyak…

Pertama: Kita punyai begitu banyak kemudahan komunikasi tetapi kita semakin ”kehilangan roh” dalam komunikasi.

Telefon, pager, net-phone, email, Facebook, mesen fax, SMS, MMS dan entah apa lagi peralatan atau kemudahan komunikasi ada ditangan kita. Namun semua itu telah menyebabkan kita semakin hilang kemampuan atau keghairahan untuk berkomunikasi secara berdepan, bersemuka hatta bertukar-tukar suara.

Kita dan generasi baru semakin selesa berhubung dengan dua cara utama – SMS dan email.

Corak perhubungan yang tidak akan dapat menzahirkan rasa hati dan perasaan dengan baik walau pun dengan bantuan emoticon. Semua ini tidak dapat menggantikan rasa hati yang terpancar melalui riak muka, mulut serta lenggok bahasa badan. Kerap kali email dan SMS umpamanya menimbulkan perbalahan kerana salah ditanggapi akibat tidak dapat dihayati maksud sebenar ayat-ayat yang tertulis dengan rasa hati sipenulis.

Kedua: Kita punyai begitu banyak permainan tetapi kita semakin tumpul dalam pergaulan.

Ingat lagi semasa zaman persekolahan generasi kita. Setiap hari sampai sahaja kerumah dari sekolah kita akan makan, menukar pakaian dan terus keluar mencari kawan-kawan untuk bermain. Tanpa hp tanpa SMS, kita boleh berdiri dihadapan pintu rumah dan menjeritkan nama mereka untuk keluar bermain. Galah panjang, jengket-jengket, batu seremban, guli, guli batu, gasing, layang-layang, kejar-kejar (police & thief), sorok-sorok, gelang getah dan entah apa lagi permainan silih berganti.  Dari permainan-permainan itu, ada antaranya yang dibuat sendiri, sifat kepimpinan, kreativiti, pergaulan, tolak ansur, perkongsian, untung-rugi serta kemahiran dalam pengurusan konflik di asah dan di pertajamkan.

Kini hampir semuanya hilang ditelan teknologi.  Anak-anak kita kini punyai begitu banyak permainan tetapi kebanyakkannya tidak membawa mereka keluar rumah walau pun bermain berlatarbelakangkan seluruh dunia. Mereka mampu bermain berjam-jam tetapi hanya jari-jemari  sahaja yang digerak-gerakkan. Mereka bermain dan berinteraksi dengan begitu banyak karektor tetapi hanya mereka sahaja yang sebenarnya hidup dan bernyawa.

Permainan komputer telah menghilangkan banyak kebaikan yang ada dalam permainan sebenar.

Ketiga: Kita punyai begitu banyak kamera tetapi kita semakin ketiadaan gambar sebagai kenangan.

Tidak berapa lama dahulu kita begitu berhati-hati sebelum menekan butang kamera untuk merakamkan satu-satu peristiwa. Kos yang tinggi serta kemudahan yang terbatas menyebabkan kita begitu menghargai kamera dan filemnya. Setiap gambar yang dirakam akan dicetak dan dialbumkan untuk tujuan kenangan.

Dengan kemunculan kamera digital, kita semakin tidak menghargai nilai sekeping gambar. Dengan digital kamera yang mudah didapati terutama dalam handphone, kita tak perlu lagi berhati-hati kerana telah memiliki kemampuan merakam yang hampir tiada batasnya. Kita merakamkan apa sahaja tanpa perancangan teliti kerana tahu ianya mudah untuk dibuang atau dipadamkan atau diganti.

Kita juga semakin malas untuk mencetaknya kerana tahu ianya sentiasa ada disana – dalam thumb drive, hard disk, portabale hard disk atau lain-lain media dan boleh dicapai bila-bila masa sahaja.

Akhirnya bila kita teliti album gambar dalam album keluarga kita, kita lihat berlakunya kehilangan  rakaman satu era. Kita lihat gambar anak-anak kita sehingga satu peringkat umur dan selepas itu rakaman aksi mereka dalam bentuk bercetak hilang begitu sahaja.  Kita tahu ianya ada disuatu tempat dalam komputer atau hard disk.

Suatu masa apabila kita teringat atau ingin mencetaknya kita dikejutkan dengan kerosakan hard disk yang menjadi tempat simpanan gambar-gambar tersebut.

Kita semua terutama anak-anak semakin menjadi korban teknologi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s