Ada Apa Dengan Nama Kita?

Standard

Bismillah…lama tak menulis…semakin hari makin tumpul…nak mula tulis pun dah makin susah…maka hari ini cuba untuk kembali menulis…Moga ia menjadi pemula kepada penulisan-penulisan yang seterusnya..InsyaAllah…

Ada apa dengan nama kita? Setiap dari kita memiliki nama yang berlainan. Dan kadang-kadang ada orang yang memiliki nama yang sama dengan kita. Mungkinlah nama kita ni famous kot..haha…(ada lebih kurang 6 ke 7 orang yang bernama Hanif di bumi Mansurah ini)

Mungkin nama kita ni nama tokoh, mungkin nama sahabat, mungkin juga nama kita ini membawa maksud yang baik.

Maka, ketahuilah bahawa nama kita telah dipilih oleh ibu-bapa kita dengan sebuah harapan yang besar…Kadang-kadang kita pun tak tahu mengapalah nama kita ni dipilih…Mungkin kita perlu tanyakan pada mereka sendiri…dalam jutaan nama yang ada seluruh dunia ini…mengapalah nama ni  yang mereka pilih…Kenapa ye? Sudah tentu ada rahsia di sebaliknya.

 

Dalam Islam,aspek pemilihan nama bagi seorang anak  amat penting kerana itulah merupakan tanggungjawab bagi seorang bapa kepada anaknya, selain dari mendidiknya dengan didikan Islam dan mencari ibu yang solehah untuk anak-anaknya. Masakan tidak, nama itulah yang akan disebut-sebut orang apabila memanggilnya. Dan dari nama tersebut, ia akan membina sifat dan peribadi anak tersebut. Jika nama yang diberikan tidak baik, maka jadilah dia sebagaimana namanya tadi.

 

Dalam setiap nama sudah tentu ada sebuah harapan yang tersirat di dalamnya..Ada kemungkinan seorang bapa yang memberikan nama anaknya dengan nama Musab ingin anaknya menjadi seperti sahabat yang berjaya mengislamkan seluruh Madinah iaitu Musab b Umair…jadi carilah apa kelebihan yang ada pada nama kita, kemudian bertindak menjadi orang yang layak memikul nama tersebut.

Contoh yang lain nama anda Muhammad, nama seorang Rasul yang bersusah-payah menyampaikan Islam sehingga ia sampai kepada kita.. maka anda pun perlu mencontohi sikap dan peribadi Rasulullah kerana anda juga memegang namanya…Adakah patut, anda melakukan perkara yang akan mencemar nama Rasul?

Maka, jadikan kita orang yang layak memikul nama tersebut…jangan kita melakukan sesuatu yang menyebabkan kita tak layak memegang nama tersebut.

Betapa susahnya ibu dan bapa kita mencari nama yang sesuai untuk kita, maka berubahlah sesuai dengan harapan mereka. Maka, jadilah kamu orang yang layak memikul nama kamu bukannya menjadi orang yang memburukkan namanya tersendiri!

 

p/s: Peringatan untuk yang bernama Hanif b Mohamad Salleh, jadilah seorang Hanif yang betul-betul HANIF!!!

7 thoughts on “Ada Apa Dengan Nama Kita?

  1. I actually Believe that blog, “Ada Apa Dengan Nama Kita?
    Bina Diriku & Orang Lain” ended up being just right!
    Icannot agree together with you even more! Finally appears like I personallylocated a webpage definitely worth checking
    out. Thanks for your time, Tod

  2. Hi I am not sure whether it’s me or possibly yuor web blog but it’s launching literally slow , it took me like a few minutes
    to load up however digg does work completely .
    However thanks for posting brilliant articles. I suppose
    this has been useful to a lot of people . I
    need to mention that you have done amazing work with this
    and hope to see many more wonderful content from you.
    I have got you saved to bookmarks to look at blog you publish.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s