Role-Model

Standard

Bismillahirrahmanirrahim….

Dalam hidup, kita memerlukan sebuah role-model untuk kita check and balance sejauh mana kita berada di track yang sebenar dalam mencapai cita-cita kita yang diimpikan.

Seringkali bila ditanyakan kepada kita, siapakah idola kamu? Tanpa segan silu dan penuh yakin kita menjawab, Tentulah Rasulullah. Tapi bila kita melihat pada diri kita sangat jauh dari apa yang dikata-katakan. Sirah Nabi pun tunggang langgang dan berapa banyak sangatlah yang kita ikuti dari Sunnahnya…

Jadi itu merupakan satu check dan balance terhadap diri kita. Kalau kita lihat pada zaman sahabat, sahabat masing-masing berusaha bersungguh-sungguh dalam mengamalkan sunnah Nabi dan mencontohinya dalam setiap aspek kehidupan sebagai suami, anak, ketua negara, mertua , sahabat dan lain-lain….

Maka, Role model itu perlu kita kenali dengan baik supaya kita dapat manfaat darinya dengan sebanyak mungkin. Bagaimana dia dididik dari kecil ke besar atau apa peristiwa yang menyebabkan dia berubah kepada perkara yang baik serta Apa sifat-sifat atau ciri-ciri yang mereka miliki sehingga sampai ke tahap tersebut.

Tiada masalah, pilihlah siapa-siapa sahaja untuk menjadi role model menurut kesesuaian atau bidang yang kita ceburi. Tapi yang penting kita cuba sedaya-upaya mencontohi mereka sampai ke tahap kita mampu mengalahkan mereka suatu hari nanti. Barulah SMART!!

Lupa pulak, kawan-kawan kita dan ahli keluarga pun boleh dijadikan role-model jugak:D

Sebagai contoh:
Pemimpin negara- Dr Mahathir,Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Nasyid- Sami Yusuf, Maher Zain, Raihan, Rabbani

dan lain-lain lagi.

Wallahu a’lam..Moga Allah redha dengan kita semua.

p/s:Ya Allah beri kekuatan untuk diri ini terus menulis setiap hari…InsyaAllah:D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s