Doa Senjata Mukmin

Standard

Bismillahirrahmanirrahim…

Doa seorang mukmin itu adalah senjata.

Kita tahu itu, tapi kita jarang praktikkan.

Lihat sahaja betapa Nabi begitu mementingkan aspek doa di dalam kehidupan beliau lalu meninggalkan kita dengan doa-doa yang beliau amalkan dalam setiap aspek kehidupan.

Tinggal kita praktik sahaja.

Dari doa bermulanya dari bangun tidur sehinggalah kita tidur semula. Mungkin dulu, semasa zaman kanak-kanak kita selalu mengamalkan doa-doa ini, tapi kini setelah sekian lama kita tinggalkan maka doa tersebut semakin dilupai ditelan zaman.

Mungkin kita boleh sama-sama buat checklist..Mana doa yang kita buat dan mana doa yang kita jarang buat atau senang kata kita tinggalkan..

1. Doa bangun dari tidur dan doa nak tidur
2. Doa sebelum makan dan selepas makan
3. Doa sebelum masuk ke tandas dan keluar tandas
4. Doa sebelum keluar rumah dan masuk rumah
5. Doa melihat cermin.
6. Doa memakai pakaian dan doa ketika menanggalkannya
7. Doa sebelum belajar dan selepas belajar
8. Doa sebelum mula baca Al-Quran dan selepas baca
9. Doa menaiki kenderaan
10.Doa ketika sedang menghadapi ujian
11.Al-Ma’thurat
12.Dan banyak lagi doa.

Ini juga bukti kita cintakan Nabi melalui doa yang diamalkannya.

Tidak kirala nak baca doa dengan bahasa apa pun..Semuanya boleh..Allah faham semua bahasa..Yelah, siapa lagi yang cipta semua bahasa atas muka bumi ini, kalau bukan Allah?

Kalau baca doa dengan Bahasa Arab, pastikan kita tahu apa yang kita baca, supaya kita dapat minta bersungguh-sungguh dan moga Allah perkenankan permintaan kita.

Ada masalah, ceritakan pada Allah..minta Allah kuatkan kita, bantu kita selesaikan masalah ini.

Ada 2 pilihan atau banyak pilihan depan mata, beristikharah dan berbincanglah dengan orang yang telah berilmu dan banyak pengalaman..nescaya kita akan jumpa pilihan yang terbaik.

Tak tahu, mana nak cari doa-doa di atas? Search je kat internet, nescaya ada. Buku-buku berkaitan doa amalan seharian pun banyak terjual di kedai-kedai…Tinggal kita nak cari, hafal dan amal.

Moga dengan ini hidup kita lebih berkat dan lebih bermakna..InsyaAllah…Selamat berdoa

p/s: Tolong doakan saya juga ye..supaya lebih kuat untuk berkarya..

3 thoughts on “Doa Senjata Mukmin

  1. qastari

    Im stress…i dont know what to do. But fortunately,i have Allah.i have all the do’a, i have that strength that come from inside me, lets just say i still have the Muslim rules that always keep me on the track.i will never give up in anything especially in my education.im a screwed human before,but Allah showed me something that made me realize how important life is.Alhamdulillah,…

  2. Kena cari apakah punca yang menyebabkan anda stress.

    Stress perlu diurus dengan sebaik-baiknya.

    Banyak artikel yang mengisahkan bagaimana untuk mengurus stress dengan baik, boleh cuba cari dan baca. Moga Allah bantu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s