Sama Ada Mahu Atau Tidak

Standard

Bismillahirrahmanirrahim…

 


Bukan mudah kita nak kekalkan momentum untuk sentiasa bersemangat dalam mencapai cita-cita di dalam hidup.

Nak tak nak perlukan kepada sesuatu kehendak yang kuat untuk terus berjuang mengejar cita-cita.

Bila ada rasa lemah, ketahuilah mungkin itu datang dari bisikan syaitan dan dorongan hawa nafsu yang ingin menjatuhkan kita.

Maka, bentengilah ia dengan amal yang kita lakukan dalam seharian..solat jemaah 5 waktu di masjid bagi lelaki, baca 1 juz al-quran dan tadabbur, al-ma’thurat pagi dan petang…

Kalau hati kuat, maka kuatlah kita…Maklumlah bahawa hati itu raja yang mentadbir setiap anggota badan kita, kalau hati baik hati, maka baiklah keseluruhan jasad, kalau buruk hati dengan dosa dan noda, maka buruklah juga keseluruhan jasad (sebagaimana dalam hadis)

Penting juga buat diri ini supaya sering diperingatkan supaya kita tidak lupa…kerana ketahuilah bahawa peringatan itu amat bermanfaat buat orang mukmin…baca buku sebanyaknya, dengar tazkirah dari kawan atau internet, baca artikel yang bermanfaat, tengok video yang sarat dengan motivasi dan pengajaran dan lain-lain..

Sekarang banyak cara untuk kita kuatkan diri…cuma tinggal kita je yang perlu menggerakkan diri mencari…

Moga Allah terus kuatkan kita semua!

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih…

Sampai sini dulu coretan kali ini….

Jumpa lagi pada post seterusnya..

Doakan agar diri ini terus istiqamah…

Wassalam..

p/s: 10 hari lagi nak Ramadhan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s