Ada masalah??

Standard

Bismillahirrahmanirrahim…

Dalam hidup setiap orang akan menghadapi masalah. Masalah peribadi, masalah kawan-kawan, masalah pelajaran, masalah kerja dan pelbagai lagi masalah yang menimpa.

Bila masalah tiba, kita ada 2 pilihan, sama ada biarkan sahaja masalah tersebut atau selesaikan ia.

Makin kita biar masalah itu, selagi itu masalah itu tak selesai. Dan mungkin masalah tersebut akan menghantui anda sepanjang hayat. Tapi memang saya akui ada beberapa masalah yang kalau kita biar ia akan selesai dengan sendirinya.

Penyelesaian terbaik, selesaikan ia kerana dengan kita menyelasaikan masalah barulah masalah itu akan hilang.

Masalah datang adalah untuk menguatkan manusia.

Tanpa masalah kita akan jadi manusia yang lemah.

Tak mampu selesaikan, minta nasihat dan tunjuk ajar dari orang-orang yang lama atau lebih berpengalaman.

Sebagai contoh, kita ada masalah berbahasa arab, selagi kita tak selesaikan ia, selagi itulah masalah berbahasa arab itu akan terus-berterusan sehingga ke akhir hayat.

Contoh yang lain, ada kawan kita tak puas hati dengan kita, selagi kita tak jumpa dan selesaikan, selagi itulah dendam tak puas hati tu akan berkekalan sampailah dia maafkan. Itu yang kita boleh dengar, pasal dendam 7 keturunan..Mungkin, sebab tiada orang bantu untuk selesaikan…

Banyak lagi contoh yang lain…tak kiralah masalah dalam bidang apa pun…cuba sedaya mungkin untuk selesaikan..barulah tenang dan sentiasa bersemangat dalam menghadapi hidup…kalau asyik fikir masalah je…tension la hidup…

Moga hidup kita lebih bermakna dan lebih diredai!!

Wassalam…

p/s: Banyak lagi masalah belum selesaikan….harus KUAT!! Mohon doa semua 😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s