Ramadhan, bulan yang banyak berlaku di dalamnya peristiwa-peristiwa besar dalam hidup para muslimin.
Antaranya:-
1) Tahun 1 Kenabian, 610 Masihi -Bermulanya penurunan wahyu terhadap Nabi Muhammad
2) Tahun 10 Kenabian, 620 Masihi -Kewafatan Abi Talib, bapa saudara Nabi dan kewafatan Khadijah Binti Khuwailid, isteri Nabi yang tercinta.
3) Tahun 1 Hijrah, 623 Masihi – Nabi mengutuskan sebilangan tentera yg diketuai Hamzah ke Saif Al-Bahr dan bilangan mereka seramai 3 orang.
4)Tahun 1 Hijrah, 623 Masihi – Disyariatkan azan selepas Abdullah b Zaid melihatnya di dalam mimpi.
5)Tahun 2 Hijrah, 624 Masihi – Disyariatkan solat sunat hari raya
6)Tahun 2 Hijrah, 624 Masihi – Disyariatkan zakat fitrah ke atas kaum muslimin
7)Tahun 2 Hijrah, 624 Masihi – Berlakunya perang Badar Al-Kubra
8)Tahun 4 Hirah, 626 Masihi – Nabi mengahwini Zainab Binti Kharimah, atau gelarannya Ummul Masakin (ibu orang-orang miskin)
9)Tahun 6 Hijrah, 628 Masihi – Nabi mengutuskan tentera yang diketuai Zain bin Harithah ke Wadi Al-Qura
10)Tahun 7 Hijrah, 629 Masihi – Nabi mengutuskan tentera yang diketuai Ghalib bin Abdullah ke Baini Awal
11)Tahun 8 Hijrah, 630 Masihi – Pembukaan Kota Mekah dan kemasukan kabilah-kabilah arab Quraish ke dalam Islam.
12)Tahun 8 Hijrah, 630 Masihi – Nabi menyuruh Khalid Al-Walid untuk menghancurkan berhala Al-Uzza yang terletak di tengah-tengah kota Mekah.
13)Tahun 8 Hijrah, 630 Masihi – Nabi menyuruh Amru Al-A’s untuk menghancurkan berhala Suwa’ dan Saad bin Zaid menghancurkan berhala Manah
14)Tahun 9 Hijrah, 631 Masihi – Datangnya delegasi Thaqif kepada Nabi untuk mengisytiharkan keislaman mereka.
15)Tahun 10 Hijrah, 632 Masihi – Nabi mengutuskan Ali b Abi Talib ke Yaman iaitu ke Kabilah Hamdan yang baru memeluk Islam.
16)Tahun 11 Hijrah, 633 Masihi – Kewafatan Fatimah Az-Zahra’ anak perempuan Nabi.
17)Tahun 20 Hijrah, 643 Masihi – Selesainya pembinaan Masjid Amru Al-As di Fustat.
18)Tahun 37 Hijrah, 658 Masihi – Selesainya penghakiman antara Ali b Abi Talib dan Muawiyah dengan Peristiwa Daumatil Jundal
19)Tahun 37 hijrah, 658 Masihi – Muhammad b Abu Bakar dilantik menjadi Gabenor Mesir
20) Tahun 40 Hijrah,661 Masihi – Kesyahidan Khalifah Ali b Abi Talib
21)Tahun 40 Hijrah, 661 Masihi – Hasan b Ali dilantik menjadi Khalifah selepas ayahnya syahid dibunuh.
22)Tahun 51 Hijrah, 671 Masihi – Dibina Masjid Al-Qairawan melalui usaha Uqbah bin Nafi’
23)Tahun 53 Hijrah, 674 Masihi – Pembukaan Rados (nama tempat) oleh kaum Muslimin.
24)Tahun 58 Hijrah, 678 Masihi – Kewafatan Aisyah Radiallahu anha dan umurnya 66 tahun
25)Tahun 92 Hijrah, 711 Masihi – Pembukaan Andalus oleh Tariq b Ziyad
26)Tahun 92 Hijrah, 711 Masihi – Berlakunya Perang Syazunah diantara Tariq b Ziyad dengan tentera Sepanyol
27)Tahun 93 Hijrah, 712 Masihi – Musa bin Nasir memulakan usaha untuk melengkapkan pembukaan Andalus
28)Tahun 95 Hijrah, 714 Masihi – Said bin Jabir dibunuh oleh Al-Hajaj At-Thaqafi
29)Tahun 96 Hijrah, 715 Masihi – Berlakunya Perang Balat Syuhada’ di Perancis yang diketuai oleh Abdul Rahman Ai-Ghafiqi
30)Tahun 181 Hijrah, 797 Masihi – Kewafatan Abdullah bin Mubarak
31)Tahun 232 Hijrah, 838 Masihi – Khalifah Al-Mu’tasim menyahut seruan wanita yang dimalukan dan berlakunya pembukaan Gomoro, Afrika Selatan
32)Tahun 261 Hijrah, 968 Masihi – Selesainya pembinaan Masjid Al-Azhar di Kaherah
33)Tahun 532 Hijrah, 1138 Masihi – Kemenangan pertama dalam siri Perang Salib yang diketui oleh Imaduddin Az-Zinki di utara Syam.
34)Tahun 648 Hijrah, 1250 Masihi – Berlakunya pertempuran di Mansurah, Mesir dan King Louis ke-9 menjadi tawanan.
35)Tahun 658 Hijrah, 1260 Masihi – Berlakunya Perang Ain Jalut yang diketuai Panglima Qurtuz.
36)Tahun 666 Hijrah, 1268 Masihi – Zahir Baibers menawan Antakya (Turki) selepas berakhirnya kemaaraan Tartar
37)Tahun 879 Hijrah – Muhammad Al-Fateh menawan negara Crimea (berdekatan dgn Ukraine)
38)Tahun 886 Hijrah – Masjid Nabawi disambar petir lalu terbakar dan berjaya selamatkan kubah dan kubur
39)Tahun 927 Hijrah – Pembukaan negara Hungary yang berjalan dengan aman
40)Tahun 1239 Hijrah- Orang-orang Mesir menawan Pulau Greek
41)Tahun 1393 Hijrah -Kemenangan Tentera Mesir terhadap Yahudi dan pembebasan Sinai
p/s: First time terjemah,mungkin banyak yang salah, mana yang salah tu beritahulah 😀
Assalamualaikum,
Selamat menyambut bulan Ramadhan, semuga hidup kita diberkati dan dirahmatiNYA.
Terima kasih kerana berbagi/berkongsi ilmu pengetahuan ini.
Waalaikumussalam…sama-sama..doakan agar diri ini terus istiqamah dan terima kasih kerana sudi berziarah 😀