Kagum Yg Membina Vs Kagum Yg Melemah

Standard

Bismillahirrahmanirrahim…

Apa khabar semua? Moga Allah sampaikan kita semua ke bulan Ramadhan Al-Mubarak…

Percayalah pada diri kita sendiri bahawa kita pun mampu berjaya seperti mereka.
Anda pernah membaca kisah-kisah orang hebat? Tidak kiralah sesiapa pun. Mungkin kisah Nabi, kisah sahabat, tabi’in, tokoh, mujahidin dan lain-lain. Apa yang anda rasa selepas baca kisah-kisah tersebut?

“Wah, hebatlah mereka ni”

“Kan best hidup dengan mereka ni”

Kalaulah aku jadi sehebat mereka…

dan lain-lain yang anda rasa sesuai…

Kalau kita perhatikan dengan lebih telus, perasaan yang timbul ini adalah perasaan kagum. Kagum ini datang dengan 2 perkara, membina atau melemah.

Kagum itu membina jika ia datang dengan satu perasaan ingin mencontohi mereka dan bergerak kepadanya.

Manakala kagum itu melemah jika ia datang dengan perasaan kita tak akan mampu jadi sehebat mereka, sampai sini sahaja takat aku, mustahillah dapat sampai tahap macam tu.

Kalau anda memiliki sifat kagum yang melemah, maka berhentilah…tukarkan ia kepada kagum membina.

Kerana kita tak tahu setakat mana kemampuan kita yang sebenar. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Pernah tak kita mengalami keadaan yang bahawa kita kata kita tak mampu buat, tetapi setelah mencuba dan berusaha, barulah kita sedar kita mampu buat.

Sebagai contoh, dulu masa kita kanak-kanak kita merasakan mustahillah kita mampu berenang tanpa pelampung…tetapi setelah belajar dan berusaha maka akhirnya kita mampu untuk berenang tanpa pelampung..(ini pengalaman penulis dan banyak lagi la contohnya)

Takat kemampuan yang kita sendiri tetapkan biasanya adalah persangkaan semata-mata dan kemungkinan besar ianya datang dari bisikan syaitan yang ingin melemahkan kita.

Teringat lagu, Jika kau fikirkan kau boleh…Tiap kali ada perlawanan badminton secara live di TV1..

Akhirnya, mental ragu-ragu itu perlu dibuang dan diubah kepada kita BOLEH!

p/s: Baru sedar saya dikelilingi oleh ramai orang hebat, nak jadi lemah sebab mereka? Tidak sekali-kali..saya pun perlu berusaha keras untuk mencontohi dan menyaingi mereka..Fastabiqul Khairat…Kita semua bersaing dalam merebut tempat di syurga tertinggi..Terus kuat ya, teman-teman!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s