Status FB 1 – 18 Ogos

Standard

Sekadar untuk muhasabah buat diri sendiri, sejauh mana mengamalkan apa yg diseru. Serta sebagai manfaat buat pelawat yg sudi menziarahi blog ini…Moga Allah redha!

 

  • Jom, persiapkan diri untuk bisa meraih lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan. -19 ogos 2011
  • Nak jadi hebat, perlu belajar dari orang yang hebat, baca kisah mereka, hayati dan cuba praktikkan dalam kehidupan seharian.-18 Ogos 2011
  • Cubalah amalkan membaca terjemahan Al-Quran setiap hari. Bacalah dengan hati yang lembut dan yang bersedia untuk menerima sentuhan qalbu daripada Tuhan. Bacalah ayat-ayat cinta-Nya dengan penuh kedekatan. Nescaya akan terjumpa jawapannya.-18 Ogos 2011

 

  • Kita adalah apa yang kita makan dan apa yang kita baca…makan membentuk badan kita dan baca membentuk corak pemikiran kita..Maka, banyakkan membaca- 18 Ogos 2011

 

  • Biar hebat itu menurut pandangan Allah, bukan pandangan manusia.August 10 at 5:47am

 

  • Nikmat kesenangan itu hanyalah dapat dirasai setelah kita melalui fasa kesusahan. Maka, bersusah-susahlah dahulu di dunia supaya kita bersenang-senang di akhirat kelak yang akan kekal selama-lamanya.August 10 at 5:45am

 

  • Daripada kita sibuk komen tentang kepimpinan negara sekarang, baik kita persiapkan diri kita untuk menggantikan mereka. Itu lebih baik, bukan?August 8 at 12:35am

 

  • Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang belum berjaya, tingkatkan usaha dan cuba lagi. Jangan sekali-kali mengalah. Anggaplah ini sebagai teguran dariNYA untuk kita lebih kuat berusaha dan mendekatiNYA. Doakan kejayaan bagi yang belum keluar result😀 -August 7 at 4:43pm

 

  • Kristianisasi itu bermatlamatkan supaya orang Islam itu semakin menjauhi Islam, kalau mereka murtad dan memeluk agama Kristian, maka itu adalah bonus. Sangat risau dengan berita-berita berkaitan di Malaysia. Moga Allah selamatkan aqidah-aqidah orang Islam Di Malaysia. Ameen Ya Rab! -August 7 at 6:22am ·

 

  • Peringatan buat diri, jangan sekali-sekali bagi alasan puasa atas sebab kita kurang produktif. Tetapi salahkan diri kita kerana kita kalah dengan hawa nafsu yang menginginkan kita tidak produktif dengan beralasankan puasa. -August 1 at 5:49pm

 

  • Tolonglah jangan puji saya atas apa kebaikan yang saya lakukan, tetapi tolonglah mendoakan saya agar terus istiqamah atas jalan kebaikan. Itu lebih baik, kerana kadangkala pujian itu membawa kepada riya’ dan takabbur. August 1 at 5:45pm

 

  • Tumpukan pada bulan Ramadhan ini, dalam memberi makanan pada hati kita lebih dari perut kita..Demi meraih taqwa tertinggi😀 August 1 at 3:24pm

 

  • Bantu kawan-kawan kita yang lain dalam memanfaatkan bulan Ramadhan, dengan mengajak mereka ke program-program yang bermanfaat yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan atau organisasi..Bantu kawan-kawan kita yang lain dalam memanfaatkan bulan Ramadhan, dengan mengajak mereka ke program-program yang bermanfaat yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan atau organisasi..August 1 at 3:22pm

 

  • Banyakkan berdoa semasa berpuasa..kerana doa pada waktu berpuasa itu tidak tertolak…Doakan kejayaan bersama dalam madrasah Ramadhan kali ini…-August 1 at 1:57pm

 

  • ‎1. Puasa umum: iaitu menahan batin dan kemaluan daripada melepaskan syahwat.   2. Puasa khusus: iaitu menahan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.   3. Puasa khusus yang lebih tinggi: iaitu menahan hati daripada kerosakan, menjaga fikiran daripada perkara yang menjauhkan diri daripada Allah sehingga hati menjadi fokus kepada Allah semata-mata.August 1 at 1:24am

 

  • Walaupun syaitan diikat dan dibelenggu, jangan lupa kita masih ada nafsu…Jadi, jaga-jaga ye…August 1 at 1:12am

 

  • Ramadhan kali ini, kita tak rugi lagi…Ambil dari moto seorang ikhwah, Mursyidi Mohammad

 

p/s: Khusus untuk siapa yg bukan friends saya di facebook…Untuk makluman, saya cuma akan add friends yg lelaki sahaja, kalau anda seorang perempuan, saya cuma akan add yg sudah berkahwin atau berumur..

Takut nak add yang muda-muda, iman masih goyah lagi…tunggu lepas kahwin kot😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s