Sembang Pasal Puasa?

Standard

Bismillahirrahmanirrahim….

Salam pembebasan dari apa neraka….

Apa khabar semua? Moga kita terus kuat dalam mencari ruang yang ada untuk memasuki senarai antara yang dibebaskan dari api neraka…

Banyakkan qiam, banyakkan baca al-quran, didik nafsu untuk menjauhi syahwat dan maksiat, dan pelbagai lagi untuk kita meraih taqwa di bulan yang mulia ini.

Alhamdulillah, banyak nikmat yang Allah beri pada bulan yang mulia ini.

InsyaAllah pada hari ini, nak cakap-cakap pasal puasa.

Kenapa puasa? Untuk meraih taqwa.

Lihat sahaja pada surah Al-Baqarah, ayat ke- 183

“Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa,

Maka, apa itu taqwa?

Jalankan perintah Allah dan jauhi laranganNYA…jawapan mudah..tapi praktikal susah…Tapi itulah hakikatnya…

Bila kita lihat balik Ramadhan, ibarat ada satu beza pada orang Muslim, lebih baik, ramai orang beribadah, baca Al-Quran dan lain-lain. Satu pandangan yang jarang kelihatan yang cuma dapat dilihat semasa bulan Ramadhan sahaja.

Amat sayang,jika taqwa yang kita bina semasa Ramadhan itu, kita runtuhkan sebaik sahaja anak bulan Syawal kelihatan.

Maka perlulah kita memandang dengan pandangan Ramadhan atau puasa itu sebagai sebuah bekalan.

Bekalan apa?

Bekalan untuk kita menempuh 11 bulan yang seterusnya.

Alangkah baiknya, bila solat berjemaah, bacaan al-quran, qiam di malam hari, bersedeqah dan segala yang kita lakukan semasa bulan Ramadhan menjadi amalan kita pada 11 bulan yang mendatang.

Barulah bagus!!

Pembaca sekalian,

Nak tak nak dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar ini, ditambah lagi dengan godaan syaitan yang begitu mempesona akan menggoncangkan iman kita jika ianya tidak dibekali dengan amalan-amalan yang kita lakukan sebelum ini.

Maka, teruskan amalan yang kita buat sebelum ini, jauhi larangan Allah, dan kita akan berjaya di dunia dan akhirat…InsyaAlllah😀

p/s:Minta maaf point banyak tak tersusun…Moga dapat apa yang ingin disampaikan…masih mengantuk dari qiam yang tak seberapa..doakan agar kita semua terus istiqamah walaupun Ramadhan sudah tiada nanti…kerana kita adalah Hamba Allah bukan hamba pada Ramadhan!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s