Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Standard

Bismillah….beberapa noktah yang kita perlu fikir dan laksanakan semasa Hari Raya Aidilfiri…Moga bermanfaat.

 

  • Di Hari Raya, Nabi saw pergi ke tempat solat melalui satu jalan dan kembali dengan melalui jalan yang lain (riwayat Abu Daud dari Ibnu Umar)

 

  • Malam Raya dan siangnya dihiasi dengan Takbir seperti athar yang berbunyi, “Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir (Allahu Akbar)” …dalam lafaz yang lain “dengan Takbir, Tasbih (subhanallah) dan Tahmid (alhamdulillah)“. Disunatkan menghidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah-ibdah khusus seperti solat, zikir, tilawah dsb.

 

  • Dipagi hari Raya Aidil Fitri, sunat menjamah makanan sebelum ke tempat solat Raya Aidil Fitri

 

  • “Adalah para Sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka di Hari Raya, mereka akan mengucapkan sesama mereka “Taqabbalallahu minna wa minka” (Moga Allah menerima (ibadat yang dikerjakan) dari kami dan dari anda)” (hadis yang sahih sanad-sanadnya pada Imam Al-Bany).

 

  • Menghiasi rumah dengan sederhana, membuat rumah terbuka, mencari dan menghubungi waris, sahabat handai dan teman lama dan apa sahaja yang boleh mengeratkan Ukhuwwah Islamiah (kasih sayang sesama Islam) ketika dan menjelang Hari Raya adalah sangat dialukan.

 

  • Adapun melabuhkan tirai Ramadan dengan Syawal bersama-sama bentuk-bentuk yang bertentangan dengan taqwa, jelas mensia-siakan hikmah puasa, tarawih dan tilawah sepanjang Ramadan. Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril datang kepada aku dan berkata (berdoa), jauhlah (dari rahmat Allah) orang yang sempat beramal di bulan Ramadan, tetapi dosanya tidak diampunkan. Aku (Nabi saw) berkata Ameen (perkenankanlah)” (Hadis).

 

  • Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

 

  • disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

 

  • Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

 

  • Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

 

  • Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

p/s: Maaf panjang…terus main copy paste dari artikel lain…Moga bermanfaat…

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s