Jangan Fikir Sangat..Just DO IT!!

Standard

Dalam hidup, seringkali kita merasakan bahawa kita ini dinilai oleh semua orang di sekeliling kita. Dan ini telah menyebabkan kita sering berfikir berkali-kali sebelum melakukan sesuatu.

Sebagai contoh,

“Kalau aku buat macam ni, apa pandangan orang ye?”

“Macam tak best je cadangan ini, diam je la”

“Aku ada penyelesaian yang lebih baik, tapi segan la pulak..takut orang lain komen la pulak”

dan pelbagai lagi😀

Sedar tak sedar itu semua merupakan sebuah keraguan atau dinding yang dibina oleh diri kita sendiri.

Memang betul, setiap dari kita memang tak suka diperhatikan, dikritik dan dinilai oleh orang lain.

Tapi hakikatnya, itu adalah fitrah setiap insan dan kalau kita tak berjaya atasi, ianya akan menjadi penghalang kepada kita untuk lebih berjaya dalam hidup.

Dan, jika kita lihat pada lintasan-lintasan hati di atas, merupakan tanda kita ragu-ragu pada kebolehan diri kita sendiri.

Jadi, macam mana nak buat?

JUST DO IT!!

Jangan fikir lebih-lebih. Biar apa pun orang cakap, buat je dulu. Yang penting, kita berjaya buat.

Nescaya, lepas kita berjaya buat, kita akan dapat sebuah kepuasan dan keyakinan diri kita akan lebih tertingkat ^_^

Boleh jadi, kalau sebelum ini orang tak pernah sedar dengan kewujudan kita, terus mengakui kewujudan dan kelebihan kita.

Pembaca sekalian,

Setiap dari kita adalah berbeza dan perbezaan itulah tanda sayangNYA Allah pada diri kita.

Jangan risau, semua orang pun hadapi perkara di atas, cuma setiap orang berbeza cara menghadapinya.

Ada yang jadikan ia sebagai batu loncatan untuk lebih berjaya dan ada juga yang jadikan ia penghalang untuk lebih berjaya.

Maka yang mana, pilihan anda?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s