Bila Terkenangkan Palestin..

Standard

Bismillah…

Alhamdulillah baru terbaca berkenaan tentang Kem Sabra-Shatila di blog Peduli Ummah…Tak mahu cerita lebih-lebih kerana saya bukanlah ahlinya…

Berikut merupakan linknya…boleh copy, paste & search kat internet 😀

http://zainurrashid.com/?p=1161

Dan setelah selesai baca, ada satu kenangan terpapar kembali ketika mana semangat tengah membara selepas penceritaan tentang bumi Palestin. Dan kebetulan juga, pada hari tersebut merupakan malam yang di mana akan berlangsungnya Intifadah ke-3 yang dianjurkan oleh rakyat Mesir.

Kemudian, tiba-tiba ada seorang akh berkata, jom kita cipta lagu sempena Intifadhah ni…maka kami pun menyahut..dan mulalah sesi penciptaan lirik dan lagu…

Maka, hasil gabungan 4 orang dalam menyumbang lirik dan lagu…maka jadilah lagu di bawah ini, yang diberi tajuk Intifadah ke-3 oleh Kumpulan Fetya…

Inilah liriknya…secara fullynya lagu ini belum siap sebab cuma 2 minit je…namun inilah hasilnya setelah bertungkus-lumus dari jam 12 tgh malam hingga hampir ke pukul 2 pagi…kalau tak silap..Moga Allah terima amalan ini…Moga bermanfaat!

Deru air mata
Menyampai kesedihan
Tangisan anak kecil
Mengharap pembelaan

Tak kira siapa
Walau di mana jua
Bersatu demi cita
Bebaskan Palestina

Palestin Memanggil
Menderu deras takbir
Bergema di angkasa
Intifada ke-3

Ke mana saudara
Di manakah hilangnya
Cinta dan asa
pada Aqsa tercinta

Dan untuk akhirnya, saya tutup dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud,

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka.”

p/s: Ya Allah, bantulah hambamu ini untuk sentiasa mengambil berat tentang urusan umat Islam…
Mungkin perlu cipta banyak lagu lagi untuk Palestin…paling tidak orang akan ingat pasal Palestin walaupun dengan usaha yang tak seberapa ini….Moga Allah bantu, kalau ada sesiapa yang boleh ciptakan lirik pun boleh serahkan..kita ada pencipta lagu yang amat berpotensi, bukan saya tapi kawan saya 😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s