Kenapa Keluarga Melayu Muslim?

Standard

Respon saya:

1-Selepas saya melihat video ini, saya melihat betapa kurangnya contoh teladan yang hidup di kalangan masyarakat kita.
Mungkin ada contoh dari kalangan tokoh tapi contoh keluarga yang betul-betul menjadi qudwah di kalangan masyarakat amatlah sedikit dan sangatlah kurang.

2-Institusi keluarga amatlah penting, kerana ia merupakan salah satu elemen di dalam sebuah masyarakat. Dari keluarga-keluarga terbentuklah sebuah masyarakat. Dan kalau kita lihat,antara sebab mengapa para remaja Melayu Muslim terjebak di dalam gejala sosial adalah kerana keluarganya berantakan dan bermasalah.

3-Ramai orang nak kahwin, termasuklah penulis sendiri😀 …Namun, tak ramai yang membuat persediaan yang rapi dan teliti sebelum memasuki medan perkahwinan yang penuh dengan liku-likunya yang tersendiri. Maka ilmu-ilmu berkenaan rumah tangga dan skil-skil pengurusan keluarga perlulah dikuasai dengan baik oleh bakal suami ataupun isteri.

4- Agenda setiap keluarga melayu muslim yang perlu dijalankan ialah melindungi seluruh ahli keluarganya daripada neraka. Maka ketua keluarga perlulah memastikan perjalanan setiap ahli keluarganya adalah dalam rangka mentaati Allah dan menjauhi laranganNYA..

5-Terima kasih kepada keluarga saya yang banyak mencorak diri ini sehingga sekarang…Tak mampu bayangkan apa yang akan terjadi pada diri saya dan anda, jika kita memiliki keluarga yang rosak dan tidak beragenda.

Wallahu a’lam…sekadar apa yang terlintas selepas menonton video di atas…Moga bermanfaat.

 

2 thoughts on “Kenapa Keluarga Melayu Muslim?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s