Ibrah Dari Sebuah Kematian

Standard

Hari ini hari berjalan sebagaimana biasa. Cuma kali ini, dikejutkan dengan sebuah pengumuman dari masjid berdekatan yang mengumumkan berlakunya kematian seseorang yang tidak aku kenali. Memang lumrah di mesir, jika ada kematian berlaku, maka masjid akan mengumumkan bahawa arwah fulan bin fulan telah meninggal dunia.

Aku terus melakukan kerjaku yang masih banyak yang belum berjaya disiapkan. Sehinggalah tiba waktu azan Zohor, aku terus teringatkan wasiat As-Syahid Hasan Al-Banna yang pertama iaitu “Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapapun keadaan di waktu itu.”

Lalu aku terus bingkas bangkit meninggalkan kerjaku dan terus untuk pergi bersiap ke masjid.

Sebaik sahaja aku memasuki masjid, aku terlopong seketika melihatkan ada sekujur jenazah yang terbaring di belakang masjid bersama dengan beberapa orang yang aku rasakan mereka ada darah daging dengan si mati.

Dan aku melihat dan mengamati sebentar wajah mereka yang kelihatan duka dan sedih. Dan kelihatan jemaah lebih ramai berbanding kebiasaanya.

Lalu aku terus berlalu untuk mengambil wudu’ dan seterusnya menunaikan solat Zuhur berjemaah. Sebaik sahaja selepas solat sunat, sang imam pun mengajak para makmum untuk menunaikan solat jenazah. Dan para makmum dingatkan oleh sang imam berkenaan kaifiat solat jenazah yang dilakukan dengan 4 takbir.

Setelah selesai, jenazah pun diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan. Aku pun mengikutinya sehingga ke luar masjid dan jenazah pun dibawa masuk ke dalam ambulans yang akan menghantarnya ke tanah perkuburan yang bertempat di

Aku pun pulang dan terlintas di benakku beberapa perkara….

1- Setiap manusia akan menghadapi kematian. Sejauh mana aku telah mempersiapkan diri ku?

2-Seandainya aku mati esok, apakah yang akan dikatakan oleh orang-orang di sekeliling ku? Adakah mereka akan memuji kebaikanku atau mereka mengeji kejahatanku?

3-Mati itu datang tiba-tiba. Tiada siapa yang boleh tahu dan estimate bila kematiannya. Maka sentiasa berwaspada wahai diri!!

4-Orang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati mati.
5-Bagaimana aku mahu cipta kematianku? Adakah sehebat para sahabat yang syahid berjuang di medan perang atau mati di atas katil sebagaimana orang biasa?

6-Bagaimana nasibku di alam kubur kelak? Bagaimana nasibku ketika akhirat kelak? Adakah aku tergolong di dalam golongan ahli syurga atau sebaliknya?

p/s: Tiada siapa tahu bila aku mati melainkan Allah s.w.t….Boleh jadi sebaik sahaja aku tekan publish post di blog ini…Malaikat maut terus mencabut rohku…Ya Allah hidupkanlah aku di dalam keimanan dan matikanlah aku di dalam keimanan, matikanlah aku dalam keadaan aku sedang melakukan ketaatan kepadaMU bukannya ketika aku melakukan maksiat terhadapMU!!

One thought on “Ibrah Dari Sebuah Kematian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s