Merasa Kerdil

Standard

Entah kenapa beberapa bulan ini, saya merasakan diri saya sangat kerdil berbanding orang lain. Bukan dari sudut ketinggian tetapi dari sudut keberjayaan dalam menghadapi sebuah kehidupan. Di kala orang lain makin menapak maju dalam hidup, saya banyak merasa lemah dan tidak berganjak dari tempat sebelumnya malahan merasakan bahawa saya semakin berundur ke belakang.

Buktinya saya melihat, saya semakin kurang gemar berjumpa dengan orang, banyak menyendiri dan mendiamkan diri apabila bersama dengan orang lain.

Namun saya tahu, saya perlu keluar dari kepompong perasaan ini agar saya mampu bergerak jauh pada masa hadapan. Tapi, seringkali saya menuruti jiwa yang lemah ini untuk terus berada dalam kelemahan.

Entahlah.

Biarlah aku begini.

Bukan ada orang yang kisah pun.

Dan pelbagai lagi fikiran-fikiran negatif yang timbul akibat perasaan ini sehingga mana saya merasakan ia sudah sampai ke tahap yang kronik.

Tapi, biarlah yang berlalu kita biarkan ia berlalu. Kita fokus pada masa kini dan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar masa hadapan kita lebih baik dan lebih cerah.

Setiap kita sememangnya akan diuji dengan ujian-ujian yang tertentu untuk melihat sejauh mana ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. Sepertimana ujian di dalam peperiksaan yang akan menentukan sejauh mana penguasaan kita terhadap pelajaran begitu juga Allah menguji kita di dalam kehidupan ini.

Akhir kata, mari kita saling kuat-menguatkan walaupun ada masa kita akan tersungkur di dalam perjalanan. Namun, selagi masih ada nyawa dikandung badan, it’s never too late to make a change in your life.

Terima kasih, sudi membaca luahan hati ini. Saya memiliki masalah dalam bab nak meluahkan perasaan kepada orang lain dan biasanya saya banyak memendamkan. Kemudian apabila baca dalam sebuah buku motivasi, mengatakan bahawa dengan menulis apa yang kita risaukan pun akan sangat membantu agar kita boleh refleksikan apa penyelesaian yang kita boleh buat dalam menyelesaikannya.

Sekian, terima kasih dan maaf sekali lagi jika post ini sangat menjengkelkan anda ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s