Melihat Kanak-Kanak

Standard

Entah mengapa, saya semakin suka melihat kanak-kanak dari hari ke hari ini. Apatah lagi kalau memang muka comel dan gebu lagilah. Rasa nak picit-picit sahaja pipinya yang comel dan gebu itu. Mungkin kerana sudah mula wujud naluri seorang ayah ^_^

Jadi, hari ini saya ingin menceritakan apa yang saya dapat bila melihat seorang kanak-kanak dalam erti kata lain apa yang saya pelajari dari seorang kanak-kanak. Moga bermanfaat buat semua yang sudi membaca blog yang sangat jarang diupdate ini…hehe..

Pertama, antara faktor yang mungkin menyebabkan saya begitu tertarik hati untuk melihat kepada kanak-kanak (saya yakin anda juga begitu) adalah kerana sucinya mereka dari sebarang dosa dan noda. Hati mereka seputih salju. Lalu menyebabkan kita memandangnya mendapat sebuah ketenangan atau kegembiraan. Pernah atau tidak anda menemukan seorang yang alim atau anda ketahui dia merupakan seorang yang memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T.

Kita rasa tenang bukan, bila melihat wajah mereka? Mungkin ini juga apa yang dirasai oleh para Sahabat bila memandang wajah Nabi yang maksum.

Maka dari sebuah sisi lain, saya merasa cemburu akan mereka, kanak-kanak yang suci dari dosa berbanding dengan diri kita yang sudah diselaputi dengan dosa dan noda. Lalu saya mengambil sebuah inisiatif untuk kita pun perlu bagi membersihkan diri kita dari dosa dan noda (melalui taubat) bagi membolehkan orang memandang dengan rasa rahmat dan sayang.

Boleh jadi, mungkin antara sebab kita orang tak suka jumpa atau melihat kita kerana banyaknya dosa yang kita lakukan. Muhasabahlah diri kita masing-masing.

Kedua, apa yang saya dapat dari kanak-kanak adalah mereka tidak meletakkan sebarang limitasi terhadap pemikiran mereka. Mungkin jika anda tanyakan pada mereka, semasa besar nanti Adi nak jadi apa? Mungkin mereka akan jawab, Adi nak jadi Polis, Jurutera, Guru dan banyak lagi jawapan-jawapan yang kita boleh bayangkan.

Namun kini, apabila kita meningkat dewasa, kita banyak meletakkan limitasi kepada pemikiran kita dan mula meragui potensi yang kita anda untuk lebih maju ke hadapan. Sebagai contoh, apabila ada orang meminta anda memberikan sedikit ucapan. Anda terus menolak tanpa berfikir mengatakan saya manalah mampu, saya ni mana orang nak dengar ucapan saya dan lain-lain lagi alasan yang kita cipta demi untuk mengelak agar melakukan perkara yang kita tak pernah buat sebelum ini.

Maka, mari kita mencontohi sikap kanak-kanak yang yakin dengan kemampuan mereka dan mula menerima apa yang dahulunya kita rasa kita tidak boleh buat kepada kita cuba sedaya upaya untuk mula lakukan. Jangan mengalah sebelum masuk ke gelanggang!

Ketiga, kanak-kanak ini apabila dia sedih hanyalah berlaku dalam masa yang seketika dan dia tak memandang kembali apa yang dia rasa sebelum ini. Habis je sedih, terus riang gembira.

Namun berbeza pulak bagi kita yang kadang-kadang sering melihat kepada zaman silam melihat kembali kegagalan dahulu lalu menyebabkan kesedihan yang sama berulang pada masa kini atau saya istilahkan sebagai trauma dengan kenangan silam. Maka, mari kita tinggalkan kesedihan semalam dan mari kita memandang masa hadapan dengan penuh inspirasi dan kebahagiaan yang menanti kita. InsyaAllah!

Wallahu a’lam. Moga bermanfaat dan selamat memandang kanak-kanak dengan sepuas-puasnya ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s