Mencari Pengalaman

Standard

“Manfaat pengalaman pengguna dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti”

Setiap orang ada memiliki pengalaman hidup yang tersendiri. Lagi lama orang itu hidup, makin banyak pengalaman dalam menghadapi kehidupan. Ada pengalaman yang baik, ada pengalaman yang buruk, semua itu menjadi satu warna-warni di dalam kehidupan masing-masing.

Alhamdulillah, semalam berjumpa dengan seseorang yang banyak memiliki pengalaman. Walaupun perbincangan yang berlaku hanya berlaku dalam tempoh yang singkat, tetapi banyak perkara yang saya dapat dari bertukar-tukar pandangan dengannya.

Betullah kata orang, cakap orang-orang tua kena dengar sebab merekalah lebih dahulu makan garam.

Hal ini bermaksud, mereka telah terlebih dahulu merasai asam garam kehidupan lebih awal dari kita sendiri lalu mengakibatkan banyak pengajaran yang mereka boleh kongsikan buat generasi muda agar lebih berjaya berbanding diri mereka tersendiri.

Antara yang dikongsikan oleh orang yang saya berborak itu, ada 2 cara untuk kita memperolehi pengalaman tanpa melaluinya sendiri.

Pertama, melalui kita bersembang-sembang dan bertukar-tukar pandangan dengan orang lain. Sebagai contoh, kita bersembang berkenaan sesuatu isu, mungkin isu pelajaran. Anda mengalami banyak masalah di dalam pelajaran lalu menyebabkan anda tidak berjaya di dalam peperiksaan. Dan di hadapan anda adalah orang yang telahpun berjaya di dalam peperiksaan. Maka anda pun bersembang dengannya, bagaimanakah caranya untuk berjaya sebagaimana saudara? Dan dia pun menceritakan pengalamannya dan anda pun tahu rahsia kejayaan melalui pengalamannya.

Kedua, melalui bacaan buku. Kini sangat banyak buku yang sangat membantu dalam memberi kita pengalaman yang baharu dalam sesuatu bidang. Antara lain, kita membaca pengalaman orang lain yakni penulis buku yang berkongsi pengalamannya dalam bentuk tulisan. Jesteru itu, kita mampu memanfaatkan ilmu yang ada dari penulis untuk kita gunakan dalam menghadapi kehidupan seharian.

Dan inilah dia 2 perkara tersebut akan membantu kita dalam mendapatkan pengalaman dan menambahluaskan sisi pandang kita dalam satu perkara serta mendapat ilmu yang ingin kita miliki bagi mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Moga bermanfaat dan teruskan membina diri sehingga mencapai apa yang dihajati oleh anda semua.

Wallahu a’lam dan terima kasih kerana sudi membaca.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s