Mencari Bekal

Standard


Dalam kita menghadapi kehidupan seharian, nak tak nak kita perlukan kepada sebuah bekalan. Lihat sahaja, apabila kita ingin bermusafir ke suatu tempat yang jauh, maka perlulah kita mempersiapkan bekalan agar perjalanan yang dilalui akan berjalan dengan baik dan selesa.

Setiap perkara memerlukan bekalan. Sebagai contoh, bagi menghadapi sebuah peperiksaan, maka kita perlukan bekalan ilmu bagi menjawab perperiksaan tersebut.

Namun, pada hari ini, saya bukan ingin menceritakan tentang bekalan dari sudut material tetapi bekalan dari sudut rohani.

Bagi memastikan kita berjalan di dalam jalan yang lurus, Allah memberikan kita beberapa bekalan di dalam menghadapi perjalanan hidup yang akan sentiasa diuji oleh pelbagai halangan. Antaranya, godaan syaitan, desakan hawa nafsu, suasana yang tidak baik, ajakan teman yang kurang baik ke arah melakukan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T.

Maka, Allah berikan kepada kita ibadah solat, puasa, zakat, zikir dan pelbagai lagi ibadat-ibadat lain untuk menjadi sebuah bekalan di dalam perjalanan menuju kepada syurga yang hakiki.

Jesteru itu, sejauh mana kita berbekal dengan perkara-perkara ini ?

Kita akan ditimbang di akhirat kelak, sejauh mana amal kebaikan kita atau amal kejahatan kita mampu membawa kita kepada syurga ataupun neraka.

Maka, berbekallah sebaik mungkin kerana dunia merupakan tempat untuk mengumpul bekalan sebanyak-banyaknya sebelum sampai kepada dua destinasi yang terakhir, iaitu syurga dan neraka.

Moga Allah beri kekuatan untuk kita mendapatkan bekalan yang baik-baik sahaja.

Wallahu a’lam dan moga bermanfaat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s