Berkawan Dengan Kesilapan

Standard

Image

 

Sebuah sisi pandang dalam menghadapi kesilapan yang kita dilakukan di dalam mengharungi hidup.

Bermanfaat atau tidak saya pun tak pasti. Namun saya cuba untuk berkongsikan apa yang boleh. Selamat Membaca!

Memang lumrah dalam kehidupan kita akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Sudah nama pun manusia, tiada siapa yang sempurna. Walau hebat mana pun dia, mesti ada sisi lemah yang dimiliki.

Tidak kiralah dalam apa bidang dan aspek pun, sudah tentu kita pernah membuat khilaf dan silap, sama ada terhadap diri sendiri, orang lain atau kepada Allah s.w.t..Tuhan Semesta Alam atau kita namakan ia sebagai dosa.

Maka, apa yang kita perlu lakukan setelah melakukan kesilapan?

Kebiasaannya, kita akan merasa marah dan menyalahkan diri sendiri mengapa kita boleh lakukan kesilapan sebegini. Tanpa kita sedari, kita telah bermusuh dengan kesilapan. Kita tidak berfikir langsung di sebalik apa manfaat yang kita perolehi dari kesilapan itu.

Jesteru itu,marilah kita berkawan dengan kesilapan ^_^

Apabila kita melakukan sebarang kesilapan, maka kita berhenti sejenak, tarik nafas dalam-dalam, jangan biarkan emosi menguasai kita yang biasanya pada waktu ini syaitan akan mula membisikkan godaannya, dan mula berfikir apa yang kita dapat dari kesilapan ini.

Pertama, mungkin cara yang kita lakukan ini tidak betul maka hasil yang kita perolehi daripadanya pun tidak betul. Yelah, macam mana nak sampai ke Kuala Lumpur kalau kita lalu jalan menuju ke Johor Bahru!

Kedua, kita sedar bahawa kita ni adalah manusia yang lemah, yang mana mungkin sebelum ini kita rasakan kitalah paling hebat, kita rasa ego, rasa besar diri, sombong dan banyak lagi sifat-sifat yang menyebabkan kita memandang rendah pada orang lain.

Lalu Allah bagi teguran khas buat kita agar menyedari Hanya Allah Sahaja Yang Maha Agung Dan Maha Bijaksana!

Jangan lupa, untuk melakukan taubat setelah berbuat dosa ^_^

Ketiga, kita mendapat sebuah pengalaman baru untuk dikongsikan kepada orang lain agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang kita lakukan. Sebab itu sejarah dicipta dan dikongsikan, agar generasi akan datang tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Ada sebuah kata-kata yang saya tak ingat siapa yang nyatakan,

Barangsiapa yang tidak mempelajari sejarah, maka dia cenderung untuk mengulangi sejarah tersebut.

Wallahu a’lam. Moga bermanfaat dan selamat berkawan dengan kesilapan ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s