Baik Dan Buruk

Standard

Setiap perkara yang baik, maka amat perlu kita berterusan dalam melakukannya.

Walaupun cuma sekali sahaja kita berhenti lakukan, maka momentum untuk tidak melakukannya pada masa akan datang akan mula menyerang melalui bisikan syaitan dan desakan hawa nafsu.

Sebagai contoh, tak datang kuliah satu hari bukan atas sebab yang munasabah, maka akan ada kecenderungan untuk kita melakukannya jua pada masa akan datang jika kita tidak melawannya.

Boleh juga kita applykan pada bacaan al-quran kita, solat jemaah kita di masjid dan lain-lain. Sekali kita cuba tinggal, maka akan ada kecenderungan untuk kita tinggalkan ia pada yang seterusnya.

Dan bagi setiap perkara yang buruk pula, walaupun hanya sekali sahaja kita cuba lakukan, ia boleh membawa kepada momentum agar kita melakukan ia pada masa akan datang.

Sebagaimana yang terdapat dalam Peribahasa Melayu, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, boleh diaplikasikan dalam hal ini.

Pada mulanya mungkin sekadar cuba-cuba buat dan akhirnya boleh jadi dah biasa sangat buat sampai susah sangat nak tinggal. Mungkin boleh bagi contoh seperti menghisap rokok, mengumpat, menipu dan lain-lain.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam melaksanakan urusan ibadah ataupun melakukan sebarang maksiat.

Kerana pada kedua-duanya ada tarikan tersendiri yang boleh menyebabkan kita jadi istiqamah pada kebaikan atau pada keburukan.

Wallahu a’alam. Moga bermanfaat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s