Iman Itu….

Standard

Iman itu ada turun dan naiknya.

Hakikat ini perlu kita amati dengan sebenar-benarnya. Jika tidak kita akan rasa selamat walaupun iman kita sebenarnya sedang berada di tahap yang lemah.

Mengapa saya mengatakan begini. Lihat sahaja peringatan Nabi di dalam Hadis di bawah:

” Tidak akan mencuri seorang pencuri dikala ia mencuri ianya seorang mukmin, tidak akan berzina seorang penzina dikala ia berzina ianya seorang mukmin dan tidak akan minum khamar seorang peminum yang dikala minum ianya seorang mukmin

 

Mukmin– memiliki iman di dalam dirinya

Dari hadis ini, kita melihat bahawa, keadaan di atas hanya akan boleh berlaku ketika iman kita berada pada tahap yang lemah sehingga hilang sebentar ketika melakukan perkara-perkara tersebut. Apabila sedar, barulah kita akan mula menyesali akan perbuatan tersebut. Moga Allah jauhi kita semua dari perkara-perkara tersebut.

Ketahuilah bahawa sebarang pengingkaran kita terhadap Allah adalah kerana iman kita yang berada di tahap yang lemah.

Dan ini menuntut kita agar sentiasa memerhatikan iman kita agar ia sentiasa tinggi dengan ibadah yang kita lakukan dan sedaya usaha menjauhi sebarang maksiat bagi mengelakkan iman kita jatuh menurun.

Maka, sering-seringlah memerhati keimanan kita dalam menghadapi kehidupan seharian. Takut-takut dengan iman kita yang lemah pada waktu tersebut akan menyebabkan kita jatuh kepada kehancuran.

Kalau demam sikit sahaja, kita sudah peka untuk mencari ubat dan berjumpa doktor. Maka lakukanlah juga perkara yang sama bila kita menyedari iman kita sedang menurun.

Mulakan bersamalah dengan orang-orang yang soleh, mencari majlis ilmu, banyakkan beribadah, bersihkan niat dan moga Allah menjaga iman kita agar kita sentiasa mentaati perintahNYA dan menjauhi laranganNYA.

Akhir kata, saya tutup dengan sebuah pertanyaan, Bagaimana iman kita pada hari ini?

Wallahu a’alam.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s