Bila Pujian Datang..

Standard

Mendapat pujian memang menyeronokkan. Apatah lagi kalau pujian tersebut datang dari orang yang kita kagumi atau sayangi.

Memang betul, kita berhak bergembira dengan pujian tersebut. Tetapi janganlah sampai terlalu gembira sehinggakan kita melupakan siapa yang sebenarnya paling berhak dipuji iaitu Allah S.W.T.

Kadangkala pujian itu boleh jadi baik untuk kita ataupun sebaliknya.

Baik untuk kita kerana dengan pujian tersebut kita akan lebih gembira, ceria, makin bersungguh dan makin yakin dengan kemampuan diri sendiri.

Berbeza pulak, jika ia memberi kesan yang buruk terhadap kita, iaitu kita merasakan kitalah paling hebat, paling pandai dan paling (sila isi tempat kosong) atau dengan istilahnya wujud rasa takabbur dalam diri.

Perasaan ini boleh lahir secara halus sehingga kita tidak sedar bahawa kita sendiri sedang mengalaminya. Nama pun penyakit hati, penyakit dalaman maka sukar untuk kita kesan melainkan kita amati dengan teliti jiwa kita.

Ingin saya kongsikan sebuah kata-kata dari Ibnu Athaillah:

“Orang ramai memujimu tentang apa-apa yang mereka sangka terhadapmu. Maka celalah dirimu, terhadap apa yang kamu sendiri tahu tentang diri mu”

Dan ketahuilah bahawa semua yang kita miliki, segala kelebihan kita semuanya adalah milik Allah yang dipinjamkan buat kita untuk menjadi khalifah dan hamba Allah di atas muka bumi ini.

Sekian, Wallahu a’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s